Latar Belakang Tamadun
Peningkatan
tamadun bermaksud penggunaan pemikiran manusia untuk mengawal dan
guna alam sekitar – bawa kehidupan yang lebih maju dan kompleks – selain
dapat kemahiran bagi hasilkan idea baru serta kemajuan menerusi aspek poltik,
ekonomi dan sosial.
Tamadun Yunani
1. Greece
– Laut Aegean dan Mediteranean
2. Negara Kota atau polis . Gabungan
beberapa buah kampung 1000 – 800 sm.
3. Setiap
kota ada ibu kota dikelilingi pertanian .Dalam
kota : pasar, kubu, kuil, dan istana.
4. Kota
yg menonjol Athens, Sparta, dan
Corinth. Lain corak pentadbiran dan Tuhan.
5. Setiap
kota @ Polis ada ibu kota – Acrapolis
ada bangunan kerajaan dan tempat keagamaan.
6. Agora tempat mesyuarat dan pusat
ekonomi.
|
Tamadun Rom
1. Bukit Palatine dekat Sg Tiber, Lembah
Latium- masyarakat Latin
2. Wujud
Majlis Perbandaran - 2SM Perintah
sendiri. Perancangan bandar terancang
ada bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas berdialog
(forum ), rumah mandi awam dan istana.
3. Bandar
pemerintahan – Pompei ada pejabat,
dewan, pintu gerbang, kedai, dan colleseum – tempat pertandingan pahlawan Rom
4. 80m
50000 penduduk. Saliran air bawah
tanah 165 km libat 14 terusan. Tujuan
bekalan harian, perindustrian dan pengangkutan.
|
Tamadun India
1. Asas
kecemerlangan Tamadun Indus terdahulu yg musnah
oleh orang Aryan.
2. Tahap
baru dikenali Zaman Vedik asal
dari kitab Veda – lahir agama Hindu. Beralih di Lembah Ganges.
3. Pemerintah oleh
Raja. Dua kerajaan Janapada
(kerajaan kecil) dan Mahapada
(kerajaan besar)
4. Chadradupta Maurya satukan kerajaan
kecil. 321 sm wujud empayar pertama – Dinasti Maurya. Kemuncaknya dalam
pemerintahan Asoka.
|
Tamadun China
1. Lembah
Hwang Ho dan Selatan Cina. Bermula dengan Dinasti Chin – Mula
meningkatkan tamadun terdahulu
2. Dinasti Chin 221 – 206 sm. Shih Huang Ti pengasasnya – wujudkan
empayar hingga Sg. Merah di Vietnam. Pemerintahan kerajaan pusat . Penuh
penaklukan dan peperangan
|
Faktor Peningkatan
Dapat dilihat melalui aspek Politik,
Ekonomi, dan Sosial.
2. Ekonomi : Pertanian , Perdagangan,
Penghasilan barangan, sistem ekonomi.
3. Sosial : Pendidikan, Falsafah, Bahasa dan Kesusasteraan, seni bina, sistem sosial, dan sains dan teknologi.
|
Pemerintahan dan
Pentadbiran
Tamadun Yunani
1. Negara
kota, Sistem Monarki , oligarki,
aristokrasi, diktator atau tirani, demokrasi
2. Sebelum demokrasi , Athens amalkan
sistem beraja – dibantu oleh konsul – golongan kaya.
3. Raja beperanan sebagai ketua negara dan kerajaan, ketua hakim,
ketua tentera, dan ketua agama.
4. Bila
konsul kuat peranan tersebut merosot. Wujud sistem Raja dipilih dengan kuasa
terhad.
5. Beberapa
orang konsul wujudkan oligarki. Lahirkan juga golongan aristokrat – ada kuasa
besar – Aristokrasi. Rakyat tidak puas hati – rampas kuasa wujud diktator /
tirani – biasanya dari golongan tentera . Ditentang aristokrat wujud
demokrasi
6. Demokrasi
wujud Dewan Perhimpunan dan Majlis.
Di Athens sahaja. 3000 tahun.
7. Lelaki
Athens berpeluang jadi ahli – 6
bulan hingga 1 tahun.
8. Dewan
Perhimpunan bersidang 3 kali setahun.
Bincang dasar kerajaan. Keputusan Dewan dilaksanakan Ahli Majlis dilantik Dewan Perhimpunan.
Begitu juga Magisterit dan Juri.
|
Tamadun Rom
1. Bermula
sistem beraja 773 sm. Secara mutlak keturunan Etruscan bukan latin tempatan. Tidak disenangi msyk Latin
tempatan. Menentang bersama
bangsawan (Partrician). Wujud Republik.
2. Republik
– tiada kuasa mutlak. Kuasa tertinggi
2 org Konsul. Dilantik Senat utk
tempoh tertentu. Senat di wakili bangsawan. Bantu Konsul.
3. Sebelum
ahli senat jadi konsul, dia ialah Praeotor
– pemerintah tentera.
4. Bawah
Senat – Dewan Perhimpunan – wakili
semua rakyat Rom. Keputusan Senat di serah ke Dewan Perhimpunan utk
kelulusan.
5. Berubah
dalam zaman Julius Ceasar. Wujud
pemerintahan berpusat – Empayar . Takluk Macedonia, Yunani, Syria, Mesir,
Perancis, Britain, dan beberapa wilayah Jerman. – Jadi Diktator.
6. Kuasai
tentera dan senat – guna gelaran
Maharaja. – Diteruskan oleh Augustus 27 – 14 sm. Bawa keamanan dan
keagungan. Kekal 200 tahun – Digelar
Pax Romana – Tiga Benua. – Asia, Afrika dan Eropah.
|
Tamadun India.
1. Awal
pembukaan 600 – 320 sm – ada dua
kerajaan kecil dan besar. Kecil tiada raja dan berpuak. Besar diketuai
Raja set kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha. Raja kuasa mutlak. Diperkukuhkan upacara ritual. Raja suci dan harus dihormati. Brahmin penasihat Raja, kemudian
Kesatria. Wujud kasta.
2. Raja bertukar jadi Maharaja bila
Maurya satukan jadi empayar 321 – 185 sm. Meliputi Teluk Benggala hingga
Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara Pataliputra.
3. Zaman
kegemilangan 273 – 232 sm. Dapat tamatkan perang saudara selepas bapanya mati
: Bindusara, dan takluk Kalinga.- Perang Kalinga 150 ribu cedera, 100 ribu
mati. Asoka peluk Budhha. Amalkan keamanan dan kedamainan. Sebar lalui agama
Budhha.
4. Wujudkan Birokrasi
pentadbiran.
|
Tamadun Cina
1. Raja bertukar jadi Maharaja – wujud
empayar dan peluasan kuasa. Ubah
sistem Feudal. Pemerintahan
berpusat.
2. Dinasti
Chin 221 – 206 sm. Pemerintahan berpusat bentuk Birokrasi awam – pegawai dilantik Maharaja – di kalangan rakyat
melalui jawatankuasa : Hon Kao Tsu.
Lantikan atas pencapaian dalam peperiksaan awam. Mula Dinasti Han
3. Tokoh penting Shih Huang Ti.
|
Perundangan
Tamadun Yunani
1. Dewan
Perhimpunan gubal undang. Plato
bukunya Republic – kepentingan undang-undang.
Tamadun Rom
1. Undang-undang
pertama – Hukum Kanun 12 – dipahat
pada Papan Dua Belas.
Dipamer di tempat awam.
2. Maharaja Juntinian – satukan
undang-undang yang banyak : Kod
Undang-Undang Rom atau Kod Undang-Undang Justinian– 527 m.
Tamadun India
1. Berdasark
kitab Dharma Sastra – Undang-undang
tua Hindu – 6 atau 2 sm.
2. Raja
bertanggungjawab jaga kesucian. Brahmin
yang mahir kerana ada kaitanm dengan agama.
3. Zaman
Maurya – undang-undang melalui titah raja. Diukir pada batu : Tiang Asoka. Berkonsep keadilan dan
kesjahteraan rakyat.
Tamadun Cina
1. Berteraskan
2 prinsip: Hukuman Berat dan Bercorak
Kolektif. Berdasarkan falsafah Legalisme. Digubal Han Fei Tzu – Dinasti
Chin , seorang ahli falsafah.
2. Ciri-ciri
undang-undang: tidak harus wujud belas kesihan, perlu dipelihara. Sebab itu
raja mesti ada kuasa utuh.
3. Bertentangan
dengan falsafah undang-undang
Conficius. Tekanan raja perlu ada perkara baik dan jaga harmoni manusia
dan masyarakat.
Kesimpulan
Aspek
ini memperlihat perkembangan dan
peningkatan dalam corak pemerintahan dan undang-undang serta pelaksanaan.
Juga
perkembangan ahli pemikir dengan falsafahnya. Socrates, Plato, Aristotle, Confucius, Han Fei Tzu
|
Peluasan Kuasa
Tamadun Yunani
1. Bermula
800 sm. Zaman Raja Philip II , Macedonia dan
Yunani disatukan. Diteruskan anaknya Alexander
The Great.- menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, dan Samarkand serta
seluruh Mediteranean.
2. Sebarkan
budaya Hellenistik – campuran
budaya Yunani, Parsi dan kaw.Timur lain.
3. Tersebar
: di Syracuse, Itali, Iskandariah, dan Antioch. Empayar berakhir
dengan kematian Alexander.
Tamadun Rom
1. Mula
27sm pd zaman Augustus Caesar.
Empayar berdasarkan Republik warisan. Lain sebelumnya.
2. Meliputi
– Britain, Sepanyol, kaw. Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan
Atlas, Afrika Utara, Macedonia, Sebahagian Turki, dan Palestine.
Tamadun India
1. Berlaku
dalam Dinasti Maurya – Mula zaman Chandargupta Maurya 321 – 292sm.
2. Sebab Berjaya – ada tentera yang
besar : 600 gajah, 1000 org tentera berkuda, dan 10000 infrantri.
3. Meliputi
India Utara, Punjab, Seleceus yg perintah Seleciud di Syria dan India Barat.
4. Bindusara – anaknya luaskan hingga ke
Mysore, Selatan India.
5. Asoka anak Bindusara ubah cara
peluasan kuasa. Lebih lembut tidal
kekerasan tentera. Penggunaan agama Budhha. Berjaya kuasai Seluruh India
selepas Perang Kalinga.
Tamadun Cina
1. Wujud
semasa Dinasti Chin – Shih Huang Ti
perintah autokratik – tegas dan mutlak. Satukan kerajaan kecil, Hapuskan
kuasa bangsawan dan lantik gabenor serta pegawai tentera untuk tadbir. Bina Tembok Besar Cina cara pertahan wilayah.
2. Chin
jatuh ganti dengan Dinasti Han. Maharaja Tentera @ Han Wu Ti luaskan
– ke SinKiang, Lembah Tarim dan Tutor di Utara, Yang Tze, Kwangsi, dan
KwanTung. Akhir pemerintahan ke Jepun dan Turkistan.
3. Guna
kuasa tentera yang besar dan kuat serta
kekerasan.
Kesimpulan
Pengembangan
wilayah, kuasa tentera, Dinasti, dan cara peluasan : Kekerasan , Agama dan
terbuka.
|
Peningkatan Ekonomi
Kegiatan
ekonomi awal – bercucuk tanam, ternak, dan hasil barangan – sara diri.
Peningkatan
tamadun – ekonomi komersil – lebihan pengeluaran – perdagangan – tukar barang
@ barter.Wujud barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam, dan
perhiasan.
Tamadun Yunani
1. Semua
negara Kota kecuali Sparta sebab
muka bumi tidak subur – gunung-ganang,.
2. Kawasan
lain wujud peningkatan perdagangan lalui jalan laut seperti dengan Mesir,
Syria dan Phoenecia.
3. Kurang
tanah , Athens dan Corinth kurang
makanan. Dibawa dari luar. Athens dapat dari Selatan dan Laut Hitam. Jadi
pusat pengumpulan barangan dari timur.
4. Perdagangan
kena cukai – rakyat lari ke tempat lain spt Alexandria pada zaman
Graeco-Roman 300sm.
Tamadun India
1. Pesat
berkembang pada 3SM. Libatkan perdagangan dalaman dan luaran.
2. Pusat
perdagangan – Anga, Kalinga, dan Karusa. Hasilkan senjata, gading , emas, berlian dan mutiara.
3. Hubungan dagang antara Maurya dengan
Rom, Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara – alam melayu sejak 100
M- jual rempah, gading, besi, dan bedak wangi. Tekstil, tembikar, barang
kaca, dan minyak wangi dari China. Bentuk Perdagangan Maritim.
4. Pelabuhan penting : Tamralipti,
Ghantasala, Kadura di Timur , Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bhg Barat.
5. Wujud
persatuan dagang dan perusahaan :
Sresthin di setiap bandar. Spt. Persatuan tukang kayu, kulit, dll. Matlamat
untuk: kawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
6. Wujud
undang-undang bagi kawal persatuan
diawasi Raja.
7. Mata wang digunakan. Zaman
Gupta wang emas. Bukti ada dasar kewangan dan ekonomi yg sistematik.
8. Perkembangan
dagang Maurya disokong dengan perusahaan tekstil, Kain Kapas, dan sutera.
Sutera di Benares dan Bengal. Perdagangan lain - Emas, mutiara , batu
permata, pertanian dan buah-buahan..
9. Cukai ada – untuk sara tentera,
pentadbir, dan raja.
Tamadun China
1. Pesat
– Dinasti Shang. Pencapaian dalam
pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan dan pembentukan
persatuan perniagaan – muncul kelas pertengahan.
2. Bidang
pertanian ; Dinasti Han -
perkenalkan batas tanaman, kolar kuda
tarik tenggala, kereta kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.
3. Zaman
Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan
Ching – cipta alat pertanian, sistem tanaman secara bergilir untuk
suburkan tanah, Bukit ditereskan – Dinasti
Shang, Sistem pengairan spt terusan – pertanian terkawal dan pengawalan
banjir .
4. Perusahaan
logam dan tembikar sejak Dinasti Han.
5. Didagang ke Alam Melayu, India, Timur
Tengah, dan Barat. Lalui Jalan Sutera Darat, dan Jalan Laut mulai Dinasti
Tang. Kepesatan berkembang dengan adanya jalan raya, jambatan, dan alat
pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.
|
Peningkatan Sosial
Meliputi
aspek pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni bina, sistem sosial serta sains dan teknologi
Tamadun Yunani
1. Di
Athes lahirkan manusia seimbang dari sudut rohani dan jasmani. Manusia
cemerlang penuhi tuntutan mental dan fizikal.- sumbang kesejahteraan
kehidupan manusia. Lahirkan tokoh
spt: Thucidides dan Herodutus. Pusat Cendekiawan Yunani dlm. Zaman Pericles. Penulis Sains dan teknologi – Thales,
Anaximandez, Heraclitus, dan Anaxagoras.
2. Tumpuan pada pendidikan, sukan,
muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal, dan menulis.
3. Sparta – pendidikan lahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah,
dan setia kepada negara kotanya.
4. Pentingkan
latihan fizikal dan kemahiran senjata.
5. Perkembangan
bila banyak sekolah didirikan di Athens, Thebes, Elea,dan Miletus.
Tamadun Rom
1. Menekankan
ilmu praktikal dan semangat setia
kepada Rom. Terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang beri
kesejahteraan hidup.
2. Peringkat
awal banyak tiru Yunani. Pusat
pendidikan lahirkan jurutera , ahli falsafah, dan sejarawan. Dapat
membina sistem pengairan, bangunan, jalan raya dan penulisan kegemilangan
Rom.
Tamadun India
1. Bermula
Zaman Vedik. Pentingkan keagamaan dan
agama Hindu. Didominasi lelaki.
Tumpuan pada pengkajian kitab Veda
dan penggunaan bahasa Sanskrit. Kaedah,
hafalan.
2. Berteraskan
Hindu dan Budhha untuk sediakan manusia selepas mati. Pendidikan tinggi – Kolej Brahmin – 100SM. Sebelumnya di istana dan di rumah. Abd 4 M – Universiti Budhha:
Nalanda.
3. Untuk
capai taraf Brahmin – hafal kitab veda
kandungan: ritual, mantera, dan lagu agama. Juga belajar saintifik dan
falsafah. Telah tingkatkan ilmu sains.
4. Zaman
seterusnya – untuk tambahkan ilmu dan
atasi buta huruf, dan dapatkan jawatan awam..
Tamadun China
1. Hargai
pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan. Matlamat lulus peperiksaan awam – yang tertua di dunia.
2. 3 peringkat – pendidikan rendah,
menengah, dan tinggi. Rendah –
tumpukan kegiatan mengenal dan hafal ideogram dan 9 buku suci tanpa faham
maknanya. Menengah – karangan dan
sastera. Tinggi – terjemahkan
kitab suci.
3. Kepentingan
– utk pentadbiran. Peperiksaan awam 3
tahap. 1- Hsiu Tai : setaraf
ijazah pertama di daerah , lulus jadi pegawai kerajaan, dua kali dalam 3
tahun, 2 - Chun Jen : sarjana
di ibu kota daerah, 3 tahun sekali, dan 3 – Chin Shih : Doktor Falsafah di ibu kota empayar hadapan maharaja,
lulus jadi pendidik, 3 tahun sekali
|
Falsafah
Ramai
ahli falsafah menunjukkan kemajuan dalam ilmu – Guna akal cari jawapan yang
logik untuk selesai masalah kehidupan manusia.
Tamadun Yunani
1. Ahli falsafah : Herodotus,
Socrates, Plato, Aristotle, Thucydides, Zeno. Isu utama –
individualisme, kehidupan manusia, dan demokrasi.
2. Karya: Herodotus – History of Persian
Wars, bapa sejarah.Thucydides – pengasas sejarah saintifik, tulis secara
penyelidikan – Peloponesian Wars.
3. Karya Plato – Republic – negara baik
diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.
4. Aristotle – Guru kepada Alexander The
Great – bincang cara berfikir yang teratur.
Tamadun Rom
1. Kurang
ahli falsafah – guna pengaruh Yunani spt Zeno – Falsafah Stoik @ Stoisisme. Bincang kebagiaan hidup dan nasib
seseorang bergantung pada alam.
Tamadun India
1. Falsafah
tertua. 2 bentuk pemikiran besar :
1 – Bersumberkan Veda, 2 – Menolak kitab Veda.
2. Veda ada tiga – Rig Veda, Yajur Veda,
dan Atharva Veda. Sumber falsafah dlm. Eda – Upanishad 700 – 600SM ,
Mahabaratta, dan Bhagavad. – Falsafah
Bersumberkan Veda
3. Falsafah tolak Veda ikut ajaran carvaka,
Janinisme, dan Buddhisme.
Tamadun China
1. Beri
penekanan pada hal hubungan manusia
dengan manusia lain.
2. Ahlinya: Kung Fu Tze @ Confucius –
Confucianisme. Loa Tze – Toaisme. Mo Tzu @ Motze@ Mencius tolak beberapa
ajaran Confucius. Fikir cara lahirkan masyarakat yang baik. Baik buruk ahklak manusia bergantung pada
alam sekitarnya.
3. Falsafah legalisme – undang-undang
dapat wujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.
|
Sains dan Teknologi
Tamadun Yunani
1. Ilmuan :- Thales – matematik – ilmu geometri Mesir Purba, Phytogaras –
Teorem Phytogras – ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.
2. Hippocrates – Bapa perubatan ,
Archimedes – ahli matematik dan fizik – teori isi padu air dan graviti. Ptolemy – astronomi Yunani.
Tamadun Rom
1. Boethius – ahli matematik – asas
matematiknya diambil dari Yunani. Kaitkan dengan muzik, geometri, dan
astronomi.
Tamadun India
1. Cabang
pengetahuan Vedik. Pengetahuan astronomi ada dalam Rig Veda. Ilmu matematik wujud zaman Gupta. Ahli matematik India
tekah tahu konsep geometri. Perkenalkan sistem nombor – angka Brahmin dibaca dari kiri ke kanan, dan angka Kharosti –
wujud dalam zaman Asoka. Dalam tamadun Yunani – herodianic dan ionic.
2. Ahli matematik – Aryabhata
Varahmihira.
3. Ilmu perubatan ada kaitan dengan
yoga.
Tamadun Cina
1. Ilmu
Perubatan dihubung dengan Yin dan Yang
– Kuasa Pasif dan Aktif.
2. Teknologi buat kertas 106 M – Chan
Lun – mencampurkan rami, sayur, dan buluh – dijadikan pulpa – diskrinkan dan
diratakan, tembikar, kapal layar, dan perahu. Pelayaran dibuat dengan
penciptaan layar yang lebih kukuh – wujud juga dalam Tamadun Rom dan India.-
Tingkatkan aktiviti perdagangan maritim.
|
Seni Bina
Mencerminkan
ketahanan manusia hadapi cabaran dan kepimpinan yang berwibawa –
pembinaan yang agung – monumen-monumen spt
1. Aqueduct – bekalan air di Rom.
Teknologi berasaskan sistem graviti.
2. Tembok Besar Cina – pertahanan – Mula
Dinasti Chou, 1500 batu dari Kansu ke Peking.
3. Acropolis – Pusat Pentadbiran dan
pememrintahan Athens – binaan teater, rumah berhala, dan parthenon.
4. Parthenon – Rumah berhala untuk Dewi
Athena – Zaman Pericles 421 – 409 SM utk peringati kemenangan dengan Persia.
5. Colloseum – Tempat pahlawan Rom
bertarung. Mula bina 70M – Mahajara Flavian , Muatan 50 ribu – 80
ribu org.
6. Panthenon – Tempat pemujaan dan
menyimpan patung dewa dan tempat kerja awam. Zaman Maharaja Hadrian 117 –
138M.
7. Great Bath , Kompleks Kuil Gua Ajanta
– 20 buah kuil , Kompleks Kuil Gua
Ellora – 28 kuil , Penggunaan geometri – segi empat dan bulat - India
8. Pembinaan tembok : Cina – tanah liat
dan batu bata di bandar. Kampung guna tanah lumpur. Ada pintu gerbang dan
menara. Kaw. Tembok ada istana spt
Kota Larangan. Ada dewan dan taman. Dewan
berfungsi – hukuman, keraian, perjumpaan.
9. Kuil, Pagoda , Tembok, Jambatan: Cina
– beberapa bangunan utk tempat tinggal, ruang tetamu, pusat
pemujaan. Pagoda 15 tingkat –
bentuk oktagon.
Peningkatan
dapat dilihat daripada elemen baru seprti bentuk dan nilai estetik.
|
Bahasa dan Kesusasteraan
Tamadun Yunani
1. Penggunaan
bahasa Yunani. Selepas itu Latin zaman empayar Rom. Tokoh penting: Homer dan Hesiod. Hesiod penyair hasil
dua buku : Theology – ilmu tentang asal usul manusia dan ketuhanan dan Works
and Days. Homer: Iliad dan Odyssey – Kisah perang Achaea dan Troy..
Tamadun Rom
1. Dua penyajak Rom : Cicero ( 106 – 43M
) dan Virgil ( 70 – 19M ). Meningkatkan semangat patriotisme. Capai keagungan
zaman Augutus Caesar ( 27 – 14 SM )
Tamadun India
1. Epik Mahabarattha dan Ramayana –
cerita peperangan dua tentera, baik dan jahat. Ramayana cerita inkarnasi Dewa
Vishnu sebagai Rama dan pergaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan
isterinya, Sita. Bahasa digunakan – Sanskrit.
Tamadun Cina
1. Wujud 7 dialek : Mandarin, Wu,
Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis, dan Fukien.
2. Kebangkitan
sastera disokong kerajaan. Dinasti Han , Sau-ma Chien tingkatkan sastera
prosa, karyanya Shih Chi. Menceritakan aspek sosial, sejarah kerajaan,
pemimpin, dan ilmu pengetahuan, dikutinya seterusnya.
3. Puisi : Tokohnya – Tu Fu, Li Po, dan
Po Chu-I dlm Dinasti Tang.
4. Dinasti Han – cerpen dan sajak.
Kesimpulan
Karya
dihasilkan untuk sampaikan mesej kepada rakyat. Tulisan kini asal drp tulisan
Phoenesia dari Yunani 800SM.Dlm Yunani ditambah vokal, diubah Rom hingga
kini.
|
Sistem Sosial
Tamadun Yunani
1. Organisasi
Yunani 3 kumpulan. Warganegara –
ada hak politik , penduduk bukan
warganegara – tiada hak politik , dan
golongan hamba – tiada hak politik.
2. Sparta – 3 kelas sosial: Warganegara
Sparta tulen, para pekerja/artisan/pedagang, dan Helot – usahakan tanah dan
minoriti
Tamadun Rom
1. 3 kelas : warganegara Rom, bukan warganegara
– penduduk yang ditakluki, dan hamba.
Tamadun India
1. Wujud
sistem kasta – unik, 4 kasta:
Brahmin, Ksyatria, Vaisya, dan Sudra. Perkahwinan ikut kelas.
Tamadun Cina
1. 3 kelas utama: golongan atasan – pentadbir spt maharaja/keluarganya/bangsawan/sida-sida,
rakyat bawahan spt petani/artisan,
dan hamba. Kumpulan 2 dan 3 –
kumpulan sokongan.
2. Confucius bahagikan 4 kelas: golongan
sarjana spt pegawai kerajaan yg berpendidikan, golongan petani – tulang
belakan ekonomi Cina, golongan tukang, dan golongan pedagang.
3. Kelas
golongan tidak tetap, mereka bertukarkan berdasarkan
pencapaian pendidikan.
|
Sumbangan Tamadun
Aspek Sosial ; Sukan
Olimpik 776SM – hormati Tuhan Zeus. Awalnya disertai Athens, Sparta,
Corinth, Thebes, Olympia, dan Argos,4 tahun sekali. Hasil karya : Illiad dan Odyssey,
Mahabarata dan Ramayana. Bahasa Latin dan Sanskrit yang diguna
pakai dalam kristian dan Buddha.Hindu.
Pendidikan : sistem peperiksaan. Perkembangan sains dan teknologi – matematik, astronomi, fizik,
perubatan, Teori Phytogoras, dan Teori Archimedes. Binaan: Agama dan budaya. Kewujudan ahli falsafah.
|
Agama dan Tamadun Manusia
Keperluan
dalam pembentukan dan peningkatan tamadun. Suatu kepercayaan atau ajaran
kepada manusia. Antara kepercyaan dan agama yang dianuti ialah Hindu,Buddha, Kristian, Islam, Confunianisme, dan Toaisme.
1. Perkataan
Hindu dari sungai Sindhu(Indus) Dikenali juga sebagai Sanata Dharma – peraturan kerohanian yang kekal abadi. Semakin
jelas dlm zaman vedik. Tuhan
3 fungsi : Mencipta(Brahman), Memelihara( Vishnu, membinasa( Siva). Enam aliran: Saivisme, Vaishavisme,
Saktham, Ganapathym, Kaumaram, dan Saura.
2. Sejak
empayar Maurya penting – didominasi Brahmin. Percaya hukum karma – kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula
selepas mati. Kelahiran semula
bergantung pada karma dan tujuan hidup untuk capai maksya- kebebasan mutlak iaitu bersatu dengan tuhan dan tidak
akan lahir lagi..
3. Capai kegemilangan Zaman Gupta 320 –
520M. Zaman Asoka saingan dengan Buddha.
|
Agama
Buddha
1. Diasaskan
Siddhaarta Gautama. Dianggap penentangan golongan Kystria terhadap
Brahmin. Lihat ketidakadilan Kasta dalam agama dan kehidupan, cari
ketenangan. Capai ketenangan dan pengajaran dibawah pokok Boddhidi Uruveda. Dapat larikan diri dari kesengsaraan.
Asas ajaran 4 kebenaran mulia dan
Jalan 8 lapis.
2. Kegemilangan
dlm. Zaman Asoka – jadi agama rasmi Dinasti Maurya. Buddha: guna bahasa Pali,
Kitab Tripitaka – kitab suci
mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, dan Abhidhamma Pitaka.
3. Empat kebenaran yang mulia
a. Kehidupan penuh dengan kepahitan
b. Kepahitan
dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan
nafsu
c. Untuk
mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi
nafsu
d. Cara
menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan Lapan Lapis
4. Jalan lapan lapis
a. Kepercayaan dan pengetahuan yang baik
Bebas
daripada kepercayaan karut
Memahami
diri sendiri dan Empat Kebenaran yang Mulia.
Membangunkan
wawasan kehidupan yang jelas ( ditthi).
b. Keinginan yang baik
Perlu
megambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang berjaya.
c. Pengucapan yang baik
Tidak
boleh melakukan gosip. menipu atau mengenakan seseorang.
d. Kelakuan yang baik
Bertindak
secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri, dan keterlaluan
dalam tuntutan arak dan pelakuan sex.
e. Makna kehidupan yang baik
Perlu
mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan lain.
f. Usaha yang baik
Perlu
mengawal diri sendiri dan berdisiplin.
Mengekang
kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan
g. Pemikiran yang baik
Perlu
berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain.
h. Pertapaan yang baik
Perlu
menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan
istimewa.
|
Agama
Kristian
1. Penganut
kristian percaya ia diasaskan oleh Jesus
Christ, berasal Jerusalem. 25 Dis,dianggap hari lahirnya disebut sebagai
Hari Natal. Kitab Suci : Old
Testament dan New Testament – dikenali sebagi bible.
2. Mendapat
tempat dalam Tamadun Rom tertama zaman Constantine 280 – 337 SM. Sebelumnya
masyarakat beragama pagan – suatu kepercayaan tidak percaya pada agama.
3. Mereka yang terlibat dengan agama
dikecuali daripada melakukan sebarang pekerjaan berat.
|
Islam
1. Diwahyukan
kepada Nabi Muhamad saw pada 6
Ogos 610M@ 17 Ramadhan, melalui Jibril di Gua Hira. Berlaku tentangan
daripada orang Quraisy Makkah. Sebagai pelindungan berhijrah ke
Yathrib@Madinah pada 622M @ 1 Rabiulawal.
2. Di
Madinah Islam berkembang Dua
teras dalam Islam : akidah dan syariah. Akidah membentuk keyakinan
seluruh jiwa fizikal dan rohaniah terhadap keesaan Allah swt. Syariah
merupakan peraturan @ undang-undang yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis.
– Petunjuk kepada orang Islam. Akidah dan Syariah sumber ketamadunan Islam.
3. Asas kepercayaan – percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam.
|
Confucianisme
1. Diasaskan
oleh Confucius 551SM., Shangtung @
Lu. Seorang pegawai kerajaan kemudian letak jawatan. Confucius disembah
sebagai tuhan.
2. Ajaran
menekan prinsip moral yang tinggi
spt perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaat kepada ibubapa (xiao).
3. Untuk
mencapai harus ada ketinggi pendidikan.
|
Toaisme
1. Diasaskan
oleh Lao Tze. Dilahir di Chu 604
SM. Bvekerja di Chou. Kembara keluar. Tulis buku Tao Te Ching.
2. Asalnya
berbentuk falsafah kemudian tukar jadi agama.
3. Tumpukan
konsep Tao @ jalan. Setiap
tindakan ditentukan oleh Tao. Manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa
yang berlaku – berkaitan dengan konsep
wu-wei iaitu tidak mengambil tindakan. Jika tidak akan merosakkan dunia.
Oleh itu Lao Tze anggap manusia boleh ubah ke arah kebaikan.
|
SOALAN
Soalan Struktur
Soalan 1
a)
Apakah yang anda faham dengan maksud
empayar
b)
Nyatakan dua orang tokoh perluasan kuasa
yang Berjaya membina empayar yang
Kuat di dunia ( 2 M )
c)
Nyatakan dua faktor yang membolehkan
empayar maurya menguasai kerajaan
Di India
(
2 M )
d)
Bagaimanakah pemerintah China menyatukan
seluruh empayar China di bawah
Pemerintahan kuasa
pusat (
3 M )
e)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
apakah perubahan yang dibawa oleh
Seseorang tokoh ketika
menjalankan dasar perluasan kuasa (
2 M )
Soalan 2
a)
Apakah barangan yang dihasilkan oleh
pusat-pusat perdagangan di atas (
2 M )
b)
Nyatakan persatuan-persatuan perdagangan
yang wujud di india pada waktu itu (
2 M )
c)
Apakah matlamat utama persatuan di atas (
2 M )
d)
Pelbagai cukai telah diperkenalkan di
india, tujuannya ialah? (
2 M )
e)
Hubungan perdagangan telah lama wujud
antara India dan alam Melayu, apakah
Barangan yang diambil
oleh pedagang India dari Alam Melayu (2
M )
Soalan 3 :
a)
Apakah yang anda faham dengan ahli
falsafah (
2 M )
b)
Namakan dua orang tokoh ahli falsafah
Tamadun Yunani (
2 M )
c)
Apakah yang ditekankan oleh aliran
falsafah tamadun Rom (
2 M )
d)
Namakan dua kita Veda yang menjadi
sumber aliran falsafah di India (
2 M )
e)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
mengapakah Socrates telah dikenakan
Hukuman bunuh (
2 M )
Soalan
4 :
“Tamadun Rom amat terkenal kerana pembinaan
kemudahan untuk rakyatnya”
a)
Nyatakan dua ciri pemerintahan Majlis
Perbandaran di setiap Bandar di Rom (
2 M )
b)
Berikan dua kemudahan yang dibina oleh
pmerintah Rom untuk rakyatnya (
2 M )
c)
Apakah tujuan perlantikan dua orang
Konsul dalam tamadun Rom (
2 M )
d)
Apakah sistem pemerintahan yang
diamalkan oleh Julius Caesar (
2 M )
e)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
bagaimanakah augustus Caesar Berjaya
Menguasai tamadun Rom
dan melaksanakan pemerintahan diktator (
2 M )
Kenapa bab ini tiada skema and jawaban soalan? saya harap boleh memuat skema dan jawaban di sini untuk merujuk, terima kasih'
ReplyDeletesaya ingin dapat skema jawapan bab ini.. :p
ReplyDelete