BAB 10
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI
NEGARA
Ekonomi tradisional
Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu
radisional.
1. Bercucuk
tanam
2. Menagkap
ikan
3. Menternak
binatang
4. Perlombongan
5. Memungut
hasil hutan
Ekonomi Tradisional
Sara Diri
|
Mengamalkan
ekonomi secukup hidup.
|
Jenis Ekonomi
|
Aktiviti
ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak dan
menangkap ikan.
|
Tujuan Lebihan utk pertukaran
barangan
|
Lebihan
pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran
barangan,kenduri-kendara,pembayaran zakat dan sedekah disimpan untuk satu
tempoh.
|
Tanaman makanan
|
Mengusahakan
tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa.
|
Ternakan makanan
|
Menternak
binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau untuk menambah sumber bekalan
makanan.
|
Teknologi kuno/mudah
|
Menggunakan
teknologi mudah,peralatan penanaman padi seperti tajak,cangkul,tugal,dan
tenggala.
|
Air semulajadi
|
Sistem
perairan berasaskan sumber air dari sungai dan hujan.
|
Tangkapan Ikan tradisi
|
Penangkapan
ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.
|
Tenaga manusia dan haiwan
|
Menggunakan
tenaga binatang dan manusia dalam pertanian.
|
Modal/Tenaga kecil
|
Penggunaan
sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil.
|
Tiada Pengkhususan
|
Tidak wujud
pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatkan
perbezaan jantina dan umur.
|
Ekonomi
Dagangan
Kegiatan
untuk ekspot
|
Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah untuk
lebihan pegeluaran dan ekspot.
|
Skala besar
|
Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.
|
Buruh Upah yg
banyak
|
Menggunakan tenaga yang banyak dibawa dari China untuk
perlombongan bijih timah.
|
Modal Besar
|
Modal adalah besar kerana dimiliki oleh
syarikat-syarikat besar.
|
Teknologi
|
Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek
untuk melombong bijih timah.
|
Pemasaran
meluas
|
Pemasaran adalah lebih luas di eksport ke Eropah.
|
Lebihan
pengeluaran
|
Melibatkan lebihan pengeluaran.
|
Kegiatan
ekonomi dagangan di Tanah Melayu.
1. Pertanian
dagangan
2. perlombongan
Jenis
tanaman dagangan di Tanah Melayu.
1. Ubi
kayu
2. Tebu
3. Lada
hitam
4. Gambir
5. Tembakau
6. Kopi
7. getah
Kesan
kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.
Rangkaian
Ekonomi
|
Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini
mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di kawasan
bijih timah dan penanaman getah.
|
Ekonomi
tradisi terpinggir
|
Aktiviti ekonomi Tradisional khususnya di kawasan luar
bandar terpinggir dan ketinggalan.
|
Wujud
dwiekonomi
|
Mewujudkan bentuk ekonomi duaan atau dwiekonomi iaitu
ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan.
|
Ketidakimbangan
kemajuan Ekonomi
|
Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai
Barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai
Timur.
|
Tingkat
Industri pelombongan
|
Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah
telah dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.
|
Kemasukan
Buruh/Imigran
|
Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan
sektor pertanian dan perlombongan.
|
Perkembangan
pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.
Penyumbang
pendapatan British
|
Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan
kerajaan British di Tanah Melayu.
|
Wujud Tanaman
Komersial
|
Tanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di
Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak ialah ubi kayu,tebu,lada hitam,gambir,tembakau
dan kopi.
|
Sistem Kangcu
dan lada Hitam
|
Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di
Johor,penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran
melalui Sistem Kangcu.
|
Pajakan Tanah
kepada org Cina
|
Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan
menanam lada hitam secara kangkar atau ladang.
|
Luas Ladang
Lada hitam
|
Pada tahun 1860-an,Johor dianggarkan mempunyai 1200
ladang lada hitam dan gambir.
|
Kemasukan
Pemodal Eropah dan Cina
|
Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan
diri dalam tanaman komersial pada era kolonialisme British.
|
Kekuasaan
British dalam Ekonomi
|
Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial
adalah kerana mereka mempunyai modal,teknologi serta mendapat konsensi tanah
yang luas dan pajakan yang lama.
|
Wujud
Dwiekonomi
|
Masyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri
selain daripada ekonomi komersial sehingga mewujudkan dwiekonomi.
|
Tumpuan
pertanian Ekspot.
|
British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan
tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan gambir,lada hitam dan ubi
kayu.
|
Usaha tanaman
Getah
|
Pada abad ke-20 pemodal British telah mula mengusahakan
getah untuk tujuan eksport.
|
Sistem
Kangcu
Johor
|
Diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu
Bakar.
|
Gmbair/lada
hitam
|
Tanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam.
|
Cina Pajak
|
Sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China.
|
Kangkar
|
Setiap ladang dikenali sebagai kangkar.
|
Saiz besar
|
Saiz setiap satu kangkar setiap 2500 ekar hingga 20000
ekar.
|
Buruh Cina
|
Setiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang
buruh dari China.
|
Faktor mempengaruhi perusahaan getah di Tanah
Melayu pada abad ke-20.
Tanah subur
|
Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai.
|
Revolusi
industri – permintaan tinggi.
|
Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada
permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai industri
terutamanya industri kereta.
|
Ridley – bawa
masuk getah
|
Peranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah
Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa masuk getah.
|
Pameran dan
pengagihan getah percuma
|
Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam
getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih secara percuma.
|
Cara
penorehan
|
Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang
sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibidem atau berbentuk tulang ikan
kering,yang tidak merosakkan pokok.
|
Harga getah
tinggi
|
Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan
industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan
peralatan elektrik.
|
Modal asing
|
Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan
salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.
|
Syarikat
Perwakilan
|
Penubuhan syarikat pewakilan membuka ladang dan
menguruskan eksport getah seperti Harrisons and Crosfield,Bousten Buttery
Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby.
|
Galakan
British – sewa tanah, cukai rendah.
|
Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan
kepada pemodal asing menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah
kepada peladang getah.
|
Kemudahan
infrastruktur
|
Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan
kereta api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan
dan pusat pentadbiran.
|
Pekerja asing
|
Membawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk
bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
|
Kopi jatuh.
|
Berlaku kejatuhan harga kopi.
|
Langkah-langkah British
menstabilkan harga getah.
Sekatan
Stevenson
|
Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922.
|
Had
pengeluaran
|
Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
|
Kupon had
penorehan
|
Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh
getah.
|
Peraturan
Getah A/B
|
Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa
1934.
|
Kuota rendah
|
Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil
getah.
|
Premiumtanah
naik
|
Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah.
|
Sekat melayu
|
Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman
getah.
|
Sekat getah
tanah sawah
|
Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah
sawah.
|
Perkembangan
perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan British.
Dagang sejak
abd ke-9
|
Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak
abad ke-9 lagi.
|
Dimiliki
pembesar
|
Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar
Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan.
|
Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah
termasuklah Long Jaafar,Ngah Ibrahim,Raja Jumaat,di Selangor dan Dato Kelana
Putera,Datuk Bandar dan Dato Muda Linggi,di Sungai Ujong (Negeri Sembilan).
|
|
Kaedah
mendulang
|
Bijih Timah dilombong melalui kaedah mendulang di
kawasan sungai yang berhampiran.
|
Pasarkan ke
Cina, India, Jepun.
|
Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun
dan India.
|
Membuat
alatan.
|
Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat
gendang gangsa,alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.
|
Buruh Cina
dipantau pembesar.
|
Penglibatan pengusaha dari China dalam sekor perlombongan
bijih timah berlaku mulai pertengahan abad ke-19 yang dipantau sepenuhnya
oleh para pembesar Melayu tempatan.
|
Dapatkan
kebenaran
|
Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan.
|
Jual semula
kpd pembesar.
|
Para pembesar Melayu akan memastikan hasil bijih
dilombong dijual semula kepada mereka.
|
Harga
ditentukan pembesar.
|
Harga bijih akan ditentukan oleh pembesar Melayu itu
sendiri.
|
Penglibatan
Pemodal Eropah gugat Melayu.
|
Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor
perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah
dalam sektor ini.
|
Melayu pajak
tanah.
|
Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada
saudagar-saudagar Cina untuk mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak
berupaya menyediakan modal.
|
British minat
sebab keuntungan tinggi.
|
Perusahaan bijih timah mendapat perhatian pihak British
kerana mendatangkan keuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang
tinggi pada peringkat antarabangsa.
|
Abad -20
dikuasai Eropah.
|
Pada awal abad ke-20,industri perlombongan
bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah.
|
Modal kecil
Cina gagal bersaing.
|
Pemodal Cina tidak berupaya bersaing dengan Eropah
kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal
korek.
|
Intensif
modal.
|
Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh
kepada intensif modal.
|
Gubal
undang-undang.
|
Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan
diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan British pada semua peringkat
perusahaan melombong bijih timah.
|
Cina merosot
– British kuasai.
|
Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih
timah terus merosot dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru
dalam perlombongan bijih timah.
|
Wilayah di
China dan penghijrahan ke Tanah Melayu.
1. Kwangtung
2. Kwangsi
3. Fukien
Cara
kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.
1. Sistem
Tiket kredit
2. Sistem
pengambilan kakitangan
3. Sistem
pengambilan rumah kongsi
4. Kemasukan
berkumpulan
Sebab-sebab
kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19.
Kurang buruh
tempatan
|
Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan
perlombongan mendorong British membawa masuk imigran.
|
British benar
masuk
|
British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan
India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
|
Kemiskinan di
negara sendiri.
|
Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh
dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
|
Melayu tidak
tentang
|
Orang Melayu tidak menentang imigran China dan India
berhijrah ke Tanah Melayu.
|
Hubungan
tTradisi yg sudah ada.
|
Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu
dengan India yang telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.
|
Peluang
kerja.
|
Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan
getah dan bijih timah.
|
Kestabilan
Politik.
|
Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh
asing ini untuk ke sini.
|
Cara
kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19.
1. Sistem
Tiket Kredit
Dikumpul dari
kg.
|
Melalui sistem tiket kredit,bakal imigran ke Tanah
Melayu ini dikumpulkan dari kampung-kampung di negara China oleh kheh-tau
atau ketua.
|
Ketua bayar
wang
|
Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang
dibawa dikenali sin kheh.
|
Buat
perjanjian
|
Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau
bertulis untuk menjelaskan hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam
suatu tempoh yang tertentu.
|
Sin Kheh
diawasi.
|
Sin kheh diletakkan dibawah pengawasan nahkoda atau
agensi buruh setelah menerima bayaran daripada bakal majikan.
|
Tiket
dibekalkan.
|
Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan
pelabuhan yang mereka tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau
berhutang.
|
Pemborong
buruh.
|
Sin kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh
pemborong buruh bertindak sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada
majikan dengan bayaran tertentu.
|
2. Sistem
Pengambilan kakitangan
Majikan
hantar pegawainya.
|
Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar
pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.
|
Tambang
dibiayai majikan.
|
Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan
dibiayai oleh majikan.
|
Pegawai Iring
buruh.
|
Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi
buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya.
|
3. Sistem
Pengambilan Rumah Kongsi
Dilakukan
Pegawai Di Cina.
|
Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara
China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
|
Pegawai yg
biayai
|
Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan
buruh-buruh tersebut sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di Tanah
Melayu.
|
Diserah tuan
rumah kongsi .
|
Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi,pembawa
buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi
setiap buruh yang dibawanya.
|
4. Kemasukan
Secara Berkumpulan
Tajaan
Charles Brook
|
Kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya
tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di
Singapura.
|
Persetujuan
ketua Foochow – Sarawak.
|
Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak
secara berkumpulan dengan persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan
Charles Brooke.
|
Sektor
pertanian.
|
Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan
membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.
|
Maksud
kangani
Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan
untuk mendapatkan tenaga buruh dari India.
|
Cara
kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke-19.
1. Sistem
Buruh Bebas
Sendiri
|
Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui
sistem buruh bebas,akan datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
|
Atur
|
Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan
tertentu kerana kepentingan ekonomi.
|
Bebas
|
Setelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih
tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.
|
2. Sistem
Kontrak
Majikan biaya
|
Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu
dan sebagai balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka
masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum,iaitu
antara 9 hingga 13 sen sehari.
|
3. Sistem
Kangani
Lesen
|
Seseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh
majikan,akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga
buruh.
|
Wang
Pendahuluan
|
Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai
perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.
|
Pengurus
agensi
|
Seseorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang
membawa masuk pekerja asing.
|
Perkembangan
mata wang di Tanah Melayu.
Mata wang –
Melaka
|
Penggunaan mata wang emas,perak dan timah bermula
semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam kegiatan perdagangan.
|
Melayu lain.
|
Di negeri-negeri Melayu lain ,mata wang turut digunakan
seperti dinar emas Kelantan,wang dan kupang emas di Terengganu dan jongkong
tampang di Pahang.
|
Mata wang
Sepanyol
|
Kedatangan para pedagang Eropah telah memperkenalkan
penggunaan mata wang perak Sepanyol selama 300 tahun digunakan di
Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat
|
Wang Kertas
|
Pada tahun 1897,British telah menubuhkan sebuah
pesuruhjaya dikenali sebagai Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang
kertas di Negeri-Negeri Selat.
|
Wang Negeri
Selat.
|
Pada tahun 1960,wang kertas Negeri-Negeri Selat mula
diperkenalkan dan hanya sah digunakan untuk perdagangan di Negeri-Negeri
Selat.
|
Penjajah
tubuh bank
|
Penubuhan institusi kewangan atau bank di Tanah Melayu
oleh penjajah berlaku ekoran pembangunan dan kesempatan ekonomi.
|
Kemudahan
pinjaman.
|
Bank berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para
pelabur untuk memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.
|
Dana luar –
cepat.
|
Dana daripada luar negara dapat disalurkan terus ke
Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat.
|
Bank ejen
pembayar
|
Urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin kerana
bank bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport.
|
Mercantile
Bank -Pertama
|
Pada tahun 1859,Mercantile Bank merupakan bank pertama
yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
|
Bank Eropah
|
Selepas 1874,lebih banyak bank Eropah membuka cawangan
di Tanah Melayu seperti The Chartered Bank,Hong Kong and Shanghai Bank dan
Algemence Bank Nederland.
|
Perkhidmatan
utama – org Eropah.
|
Bank-bank Eropah ini lebih mengutamakan pedagang Eropah
manakala pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan melalui orang
tengah atau komprador.
|
Bank Tempatan
|
Pada tahun 1913,bank tempatan yang pertama telah
ditubuhkan di Kuala Lumpur iaitu Kwong Yik Bank diikuti Bank of Malaya Ban
Hin Lee Bank di Pulau Pinang.
|
Bank di
Sarawak
|
Bank Perdagangan ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong
Lee Bank diikuti Sarawak Chinese Banking Corporation Limited dan Ban Chiang
Bank.
|
Melayu tubuh
bank.
|
Pada tahun1947,orang melayu menubuhkan bank yang
pertama di Kuala Lumpur dikenali sebagai Malay National Banking Corporation
Bhd.
|
Perkembangan
insurans di Tanah Melayu.
Perkembangan
Perdagangan
|
Perkhidmatan insurans diperkenalkan ekoran perkembangan
ekonomi dalam perdagangan antarabangsa.
|
Jenis
Perkhidmatan
|
Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah insirans
maritim atau lautan,insurans kebakaran ,insurans harta,insurans perniagaan
dan kemalangan,serta insurans nyawa.
|
Insurans
Maritim
|
Keperluan perkhidmatan insurans maritim adalah untuk
melindungi dagangan dan kapal pedagang kerana sistem pengangkutan laut
merupakan sistem pengangkutan utama.
|
Insurans
Kebakaran
|
Insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran
sering membawa kemusnahan misalnya,di Kuala Lumpur dan di Ipoh.
|
Cawangan
Insurans Luar.
|
Pada peringkat awal,syarikat insurans yang ada di Tanah
Melayu merupakan cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu
pejabat di luar negara.
|
Syarikat
perwakilan
|
Syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu
ialah boustead and Company di Pulau Pinang mewakili Syarikat Royal Insurance
Company dari England.
|
Syarikat
Insurans Tempatan
|
Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance
Limited ialah syarikat insurans tempatan berpusat di Singapura dan Pulau
Pinang.
|
Pengasingan
khidmat insurans
|
Pada tahun 1917,undang-undang perkhidmatan syarikat
insurans telah dikemaskinikan dengan insurans nyawa diasingkan daripada
insurans kebakaran.
|
Ordinan
Insurans.
|
Pada 1948,enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan
Syarikat Insurans kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.
|
Dasar
British Terhadap Pertanian
Kesan
dasar British memperkenalkan pertanian dagangan
Tanaman baru
|
Memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik
diperingkat antarabangsa seperti kopi,tembakau dan getah.
|
Komersilkan
tanaman
|
Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional
seperti gambir dan lada hitam.
|
Tanaman
Ladang
|
Mengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan
tenaga buruh yang dibawa masuk dari China dan India.
|
Pemilikan
tanah
|
Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi
meneruskan penguasaan ekonomi.
|
Lindung tanah
Melayu
|
Melindungi dan mengelakkan tanah orang Melayu daripada
dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing.
|
Tujuan
British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu
Elemen utama.
|
Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.
|
Sistem
Pemilikan tanah Melayu.
|
Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan
masyarakat Melayu tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat.
|
Tiada Rekod
|
Sistem pemilikan tanah dikalangan masyarakat Melayu
tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti
pemilikan terhadapnya.
|
Rekod
Bertulis
|
Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan
mengesahkan hak pemilikan tanah.
|
Mudahkan
Pentadbiran
|
Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran
seperti urusan cukai dan urusniaga terhadap tanah seperti urusan cukai dan
urus niaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa beli,penjualan dan pembelian.
|
Jadikan
Cagaran
|
Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
|
Nilai
Komersial tanah
|
Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai
komersial seperti tanah ladang,tanah peribumi dan tanah perlombongan.
|
Ketentuan
Cukai
|
Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis
tanah yang dimiliki atau diusahakan.
|
Permohonan
Tanah
|
Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat
untuk mengusahakan sesuatu kawasan membuat permohonan di Pejabat Tanah.
|
Kebenaran
Pejabat Tanah.
|
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada
Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan.
|
Kesan
pengenalan undang-undang tanah oleh British terhadap masyarakat Melayu
Permohonan –
Pejabat Tanah
|
Inividu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu
mendapat kebenaran pembesar Melayu sebaliknya mesti memohon melalui Pejabat
Tanah.
|
Kuasa residen
|
Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan
kawasan konsensi tanah yang diberikan kepada para pemodal.
|
Kebenaran
Pejabat Tanah
|
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran
daripadaPejabat Tanah untuk mengutip sumber huan seperti nipah,damar dan
rotan.
|
Sistem Wang
|
Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat
Melayu.
|
Urusan dengan
wang
|
Semua urusan seperti jual beli,cukai,sewa tanah,barang
keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.
|
Melayu Pinjam
Wang
|
Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah
untuk meminjam wang.
|
Melayu Jual
Tanah.
|
Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk
melangsaikan hutang.
|
Undang-undang
tanah yang diperkenalkan di Tanah Melayu ,Sabah dan Sarawak.
1. Akta
Tanah Simpanan Melayu
2. Land
Order
3. Land
Settlement Order
4. Proklamasi
Perlindungan Hak Peribumi
Tindakan
British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi
AktaTanah
Simpanan Melayu.
|
Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah
Simpanan Melayu 1913.
|
Jamin
eko./politik.
|
Akta ini diperlukan untuk menjamin ekonomi dan politik
orang Melayu masa depan.
|
Elak pindah
milik.
|
Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang
asing.
|
Kuasa
isytihar
|
Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana hak
milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu.
|
Tak Benar
tanam komersial.
|
Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam
tanaman komersial.
|
Padi dan
kelapa.
|
Undang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa.
|
Land Order –
hak milik di Sarawak.
|
Memperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukan hak
milik tanah peribumi Sarawak.
|
Lindungi drp
Cina.
|
Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha
Cina untuk kegiatan pertanian.
|
Land
Settlement Order.
|
Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi
perlindungan hak tanah peribumi.
|
Warisan dan
pemilikan
|
Pemilikan Tanah hanya boleh dilakukan secara warisan.
|
Elak
pajakan,pecah..
|
Mengelakkan berlaku pemajakan,pemecahan dan penjualan
tanah terhadap tanah warisan.
|
Pembahagian
jenis tanah
|
Memperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah
kepada tanah campuran,tanah simpanan dan tanah pedalaman.
|
Imigran -
Tanah campuran
|
Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap
tanah campuran.
|
Warta Hak
Pribumi.
|
Mewartakan Proklamasi Pelindungan Hak Peribumi 1889.
|
Peg Daerah –
kuasa – Sabah.
|
Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak
milik tanah peribumi Sabah.
|
Sebelum 1888
tak sah
|
Menganggap tidak sah segala urus niaga tanah antara
peribumi dengan orang Eropah sebelum 1888.
|
Peg Daerah –
kuasa – niaga.
|
Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah
dengan Eropah.
|
Tiada Tuntut
ganti rugi.
|
Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi
terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.
|
Kandungan
Akta Tanah Peribumi di Sabah dan Sarawak.
Lindungi drp
ceroboh
|
Akta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada
dicerobohi pengusaha dari China untuk tujuan pertanian.
|
Lindung tanah
pribumi
|
Akta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada
tanah milik masyarakat peribumi.
|
Pindah milik
melalui pewaarisan.
|
Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan
melalui pewarisan untuk mengelakkan berlakunya pemajakan,pemecahan dan
penjualan tanah.
|
Bahagi kpd 3
kaw.
|
Akta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak
kepada tiga kawasan tanah pedalaman.
|
Tanah
campuran-imigran.
|
Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap
tanah campuran sahaja.
|
Kuasa Pegawai
Daerah.
|
Proklamasi perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa
kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah adalah di bawah kuasa Pegawai
Daerah.
|
Urus niaga tanah
dimaklumkan
|
Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu
dimaklumkan kepada ketua peribumi.
|
Berhak ganti
rugi
|
Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap
tanah yang dijual kepada orang asing.
|
Kesan dasar British terhadap pekebun kecil
getah di Tanah Melayu.
Larang tanam
|
Memperkenalkan
Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah dikawasan penanaman
padi.
|
Kurang orang Melayu
|
Penyertaan
pekebun kecil getah terutamanya dari kalangan orang Melayu dalam sektor
perusahaan getah berkurangan.
|
Premium dikenakan – tanah baru
|
Premium
permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dikenakan.
|
Pembukaan Tanah baru dilarang.
|
Pembukaan
tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali oleh
kerajaan British.
|
Lindungi pemodal Eropah
|
Memberikan
perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi
Rancangan Stevenson 1922 semasa kejatuhan harga getah.
|
Kuota Rendah
|
Pekebun kecil
diberi kuota yang lebih rendah melalui pelaksnaan Rancangan Peraturan Getah
Antarabangsa pada tahun 1934.
|
Melayu tidak minat
|
Orang Melayu
tidak berminat untuk mengerjakan sawah padi.
|
Sebab
British kekalkan orang Melayu dalam penanaman padi.
Elak Libat
dlm getah
|
Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman
getah.
|
Tak mahu
Gantung impot padi
|
Mengurangkan Tanah Melayu bergantung import beras dari
luar negara seperti dari Thailand,Indo-China dan myanmar.
|
Tiada jaminan
beras luar.
|
Bekalan beras dari luar negara tidak sentiasa
terjamin.Sekiranya berlaku kekurangan pengeluaran beras luar,kesan buruk akan
berlaku di Tanah Melayu.
|
Melayu
disekat tanam getah.
|
Pekebun kecil dilarang menanam getah di tanah sawah.
|
Elak Ancam
Getah Eropah.
|
Pekebun kecil dilarang menanam getah kerana ia
mengancam ladang getah pengusaha Eropah.
|
Sebab
orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British.
Tidak beri
keutamaan
|
Tidak memberi keutamaan nasib rakyat tempatan.
|
Keutamaan kpd
penjajah.
|
Mengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang
besar atau kelas komprador yang mengaut keuntungan negara.
|
Galakan kpd
Eropah.
|
Menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim perladangan.
|
Tiada
insentif kewangan.
|
Intensif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah
ditawarkan kepada pekebun kecil.
|
Melayu
disekat tanam getah.
|
Menyekat orang Melayu daripada menanam getah. Pekebun
kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah
|
Lindungi
peladang Eropah.
|
Memperkenalkan Sekatan Stevenson melindungi peladang
Eropah semasa kejatuhan harga getah.
|
Kuota Rendah
|
Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa
pada tahun 1934 yang memberi kuota yang rendah untuk penjualan getah oleh
orang Melayu.
|
Premium tanah
naik.
|
Menaikkan premium tanah untuk tanaman getah.
|
Kesan-kesan
Dasar Ekonomi British
Faktor
kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Bijih timah
|
Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan
bandar Kuala Lumpur,Taiping dan Seremban.
|
Petroleum
|
Perkembangan perlombongan petroleum mewujudkan bandar
Miri di Sarawak.
|
Perkembangan Pengangkutan
|
Perkembangan sistem pengangkutan mewujudkan bandar
Kuala Lumpur.
|
Pertanian
|
Perkembangan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan
bandar johor Bahru.
|
Kedudukan Strategik
|
Kuala Lumpur berkembang sebagai bandar besar kerana
kedudukan strategiknya.
|
Ada Pelabuhan
|
Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan
getah telah menjadikan pelabuhan Klang,Melaka dan Pulau Pinang.
|
Pusat Pengumpulan hasil
|
Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan
pengeksportan gambir dan lada hitam.
|
Ciri-ciri
masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.
Petempatan
berbeza
|
Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.Orang
Melayu tinggal di kawasan luar bandar,kaum Cina tinggal di kawasan bandar dan
kaum india tinggal di estet
|
Pekerjaan
ikut kaum
|
Jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum orang
Melayu sebagai petani,kaum India kebanyakkannya sebagai penoreh getah dan
kaum Cina sebagai peniaga dan pekerja di lombong bijih timah.
|
Bahasa
berbeza
|
Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial
berbeza antara satu sama lain.
|
Tiada
kesepaduan kaum
|
Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum
yang meluas.
|
Pendidikan
Vernakular
|
Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa
ibunda masing-masing.
|
Sistem
pendidikan semasa penjajahan British di Tanah Melayu.
Pendidikan
Vernakular
|
Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa
ibunda masing-masing.
|
Guna Bahasa
Ibunda
|
Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum
masing-masing sebagai bahasa penggantar.
|
Sek. Melayu-
Neg.Selat.
|
British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di
Negeri-Negeri Selat.
|
Sek Melayu –
Tlk Belanga.- Pertama
|
Sekolah Melayu pertama terletak di Teluk
Belangga,Singapura.
|
Kemudian -
Seberang Perai,K.Kangsar, Bt Gajah.
|
Sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang
Prai,Kuala Kangsar dan Batu Gajah di Perak.
|
Sek
.Perempuan 1885
|
Sekolah Melayu untuk murid perempuan telah dibina di
Negeri-Negeri Selat pada tahun1885.
|
Kolej Melayu –Elit
|
Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus
untuk golongan elit.
|
Sek.Melayu-Peringkat
Rendah
|
Sekolah Melayu ditubuhkan hanya peringkat rendah dan
kurikulum bersesuaian dengan cita-cita British menjadikan anak Melayu sebagai
petani.
|
Guru- MPSI
|
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di
Tanjung Malim,Perak bertujuan melatih guru sekolah Melayu.
|
Ladang- Tamil
|
Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah
Tamil di kawasan ladang.
|
Bandar –
Tamil – Barat
|
Pendidikan Tamil disediakan oleh kerajaan British di
bandar seperti Sekolah Tamil Vivekananda di Seremban berorientasikan sistem
pendidikan di negara India.
|
Sukatan –
India
|
Menggunakan sukatan pelajaran,buku dan tenaga pengajar
dari India serta menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa penggantar.
|
Saudagar Cina
– tubuh sek.
|
Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari
China.Contohnya,Sekolah Chung Hwa (1914) dan sekolah Cina Yuk Chai (1926) di
Kuala Pilah.
|
Dialek
masing-maing.
|
Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa
perantaraan manakala guru,buku dan sukatan pelajaran datangya dari China.
|
Enakmen –
daftar sekolah.
|
Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah
mengawal segala aktiviti untuk menyekat pengaruh komunis di Sekolah Cina.
|
Mubaligh
Kristian – sek Ingg.
|
Pendidikan Inggeris turut dimulakan pada peringkat awal
hasil usaha mubaligh Kristian dan badan sukarela,di Tanah Melayu.
|
Sek. Ingg –
Elit - Bandar
|
Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana
lokasinya terletak di bandar dan pelajarnya terdiri daripada kalangan orang
atasan.
|
Sek Ingg.
Ikut England
|
Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem
pendidikan di Engand.
|
Universiti
Malaya.
|
Pihak British menubuhkan sebuah universiti iaitu
Universiti Malaya di Singapura tetapi agak lewat.
|
Perkembangan
perindustrian di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Kurang maju
tumpu bahan mentah.
|
Perusahaan perkilangan di Tanah Melayu tidak maju
kerana aktiviti ekonomi British memberi tumpuan terhadap pengeluaran bahan
mentah bijih timah dan getah.
|
Barangan
diimport
|
Hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah
diimport kerana barangan perkilangan tempatan yang sedikit.
|
Tujuan
eksport – kasut getah.
|
Sektor perkilangan di Tanah Melayu dimajukan untuk
keperluan eksport,Syarikat Shum Yip Leong mndirikan dua buah kilang kasut
getah untuk dieksport ke China.
|
Kasut Bata –
Klang
|
Syarikat Kasut Bata turut menubuhkan sebuah kilang di
Klang,Selangor.
|
Fung Keong,
Kinta Rubber Works – berasaskan getah
|
Terdapat juga syarikat seperti Fung Keong di
Klang,Selangor dan Kinta Rubber Works di Ipoh,Perak yang menghasilkan
barangan berasaskan getah.
|
United
Engineer – kapal korek
|
Syarikat United Engineers pula telah mendirikan kilang
membina kapal korek ,kapal kecil dan mesin memproses getah.
|
Mengetin
nanas.
|
Perusahaan mengetin nanas diasaskan oleh seorang
berbangsa Perancis berpusat di Johor untuk eksport.
|
Pemodal Cina
|
Pemodal Cina mengusahakan perusahaan mengetin nanas di
Johor.
|
SOALAN
Perkembangan
sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada awal abad k-20.
Perkembangan
Lombong & Petanian
|
Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian
menyebabkan perkembangan pengangkutan dan perhubungan.
|
Cepat
penghantaran
|
Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan
pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk
dieksport.
|
Jln Keretapi
Pertama
|
Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun
1885 untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld,Kuala Lumpur dengan Port
Swettenhem,kawasan perlombongan di Seremban ke Port Dickson dan di Tapah Road
dengan Telok Anson.
|
Perkhidmatan
utk Timah
|
Pada tahun1904,semua kawasan perlombongan bijih timah
di Perak,Selagor dan Negeri Sembilan telah mempunyai perkidmatan kereta api.
|
1918 Keretapi
ke Sempadan Siam
|
Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai
dengan sempadan Siam telah disiapkan pada tahun 1918.
|
1931 ke Timur
|
Pada tahun 1931,jalan kereta api di bahagian timur yang
menghubungkan Gemas,Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam telah dibina.
|
1923 Sambung
ke Singapura
|
Menjelang tahun 1923,jalan kereta api di Tanah Melayu
telah disambung hingga ke Singapura.
|
Buka tanah
baru
|
Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan
tanah-tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
|
Pelabur luar
datang
|
Di Johor,orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan
getah selepas terdapatnya pembinaan jalan kereta api.
|
Muatan yg
banyak
|
Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang
banyak.
|
Jln raya
berturap
|
Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah
digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai.
|
Sepanjang
2400km jln raya
|
Menjelang tahun 1895,Selangor dan Perak mempunyai jalan
raya sepanjang 2400 kilometer.
|
Kenderaan
bertambah
|
Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas
pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902.
|
Hubung Perlis
- Singapura
|
Antara tahun 1911 hingga tahun 1928,jalan raya yang
menghubungkan Perlis dan Singapura siap dibina.
|
Mudah
hubungan Barat Timur
|
Jalan raya diantara Kuala Lumpur dan Kuantan turut
dibuka bagi memudahkan perhubungan antara negeri-negeri di Pantai Timur.
|
Komunikasi –
Tel. Telegraf, pos...
|
Sistem perhubungan seperti
telegraf,telefon,perkhidmatan pos,radio dan perkhidmatan udara diwujudkan
akibat daripada perkembangan ekonomi.
|
Tambah
kecekapan
|
Perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan
dengan negara luar dapat dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.
|
Sumbangan
sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke-20
Lombong Timah
|
Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah.
|
Cepat
penghantaran
|
Mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke
pelabuhan untuk dieksport.
|
Hubungkan
dengan kawasan timah
|
Jalan keret api menghubungkan semua kawasan
perlombongan bijih timah di Perak,Selangor dan Negeri Sembilan.
|
Hubung
seluruh Bahagian TM
|
Menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah
Melayu.
|
PembukaanTanah
Getah
|
Pembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan
getah.
|
Pelabur Luar –
Getah
|
Menarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah.
|
Muatan
|
Kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
|
Luar
|
Menghubungi dengan negara luar melalui pelabuhan dengan
menggunakan kapal berkuasa wap.
|
Pelabuhan
|
Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan
bijih timah ke Eropah.
|
Langkah-langkah
British untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu,Sabah dan
Sarawak.
Bina Hospital
|
Menubuhkan hospital di bandar seperti di Taiping dan di
Kuala Lumpur dalam usaha mengawal wabak penyakit berjangkit mudah merebak.
|
Pusat
Kesihatan
|
Membina pusat kesihatan di luar bandar untuk mengawal
penyakit berjangkit yang mudah merebak.
|
Pusat
Kesihatan Kecil
|
Pusat kesihatan kecil turut dibina di negeri-negeri
lain,misalnya terdapat 14 buah pusat kesihatan di Selangor,dua buah di Pahang
dan tiga buah di Negeri Sembilan.
|
Sabah – bina
hospital
|
Pada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di
Sabah,iaitu di daerah Jasselton,Sandakan,Beauford,Kudat dan Tawau.
|
Sarawak – di
Kuching, Sri Aman, Sibu
|
Di Sarawak,perkhidmatan perubatannya tertumpu di
bahagian Kuching dan pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
|
Sumbangan
orang Perseorangan
|
Terdapat hospital yang dibina atas sumbangan orang
perseorangan seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur,yang memberikan
perkhidmatan kesihatan kepada pekerja lombong bijih timah yang terdiri
daripada kalangan imigran China.
|
Institut
Penyelidikan Perubatan
|
Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala
Lumpur yang membuat penyelidikan untuk mencari punca penyakit dan langkah
pencegahan.
|
Lembaga
Sanitary
|
Lembaga Sanitary ditubuhkan untuk menitikberatkan
kesihatan awam terutamanya di bandar-bandar serta mengawasi kebersihan bandar
di Kuala Lumpur.
|
Jabatan
Kesihatan
|
Jabatan Kesihatan telah mengambil alih sebahagian tugas
Sanitary Board dan bertanggungjawab dalam aspek kesihatan.
|
SOALAN
1
|
Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi oleh
pedagang India pada zaman silam yang membawa maksud “bumi emas”.
(ms 250)
|
||
|
a
|
i.
ii.
iii.
|
Namakan tiga
hasil galian yang mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9
........................................................................................................................
........................................................................................................................
........................................................................................................................
(3 markah)
|
|
b
|
i.
ii.
|
Berikan dua faktor yang mendorong penglibatan
pemodal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah di Tanah Melayu
……………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………..
(2 markah)
|
|
c
|
i.
ii
|
Nyatakan dua bukti penguasaan para pembesar
Melayu pada abad ke-19 dalam sektor perlombongan bijih timah
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
(2 markah)
|
|
d
|
i.
ii.
iii.
|
Pada pendapat kamu, bagaimanakah negara kita boleh memastikan
ekonomi negara kita terus maju dan berkembang?
………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………..
(3 markah)
|
|
|
|
[ 10 Markah ]
|
|
|
|
|
Soalan Esei
1
|
Sebelum abad ke-19 kegiatan perlombongan bijihtimah di Tanah Melayu dikuasai dan diusahakan oleh orang-orang Melayu
(ms 250)
| |
a
|
Nyatakan empat hasil galian yang terdapat di Tanah Melayu
[ 4 Markah]
| |
b.
|
Terangkan bukti penguasan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sebelum abad ke-19.
[ 4 Markah]
| |
c.
|
Mengapakah industri perlombongan bijih timah dikuasai oleh pelombong dari Eropah pada awal abad ke-20?
[ 12 Markah]
|
2.
|
Kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah mendorong penjajah
British memperkenalkan perubahan dalam sistem kewangan dan perkhidmatan
insuran
(ms 256)
|
||
|
a
|
i.
ii
|
Nyatakan
perkembangan awal penggunaan mata wang di Tanah Melayu semasa penjajahan
British
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
[2 markah]
|
|
b
|
i.
ii
|
Berikan dua peranan institusi kewangan.
………………………………………………………………………..................
……………………………………………………………………………………
[2 markah]
|
|
c
|
i.
ii
iii
|
Senaraikan tiga
bank yang ditubuhkan semasa penjajahan British di Tanah
Melayu.
………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………..
[3 markah]
|
|
d
|
i
ii
|
Mengapakah
perkhidmatan insurans diperlukan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20?
…………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………
[2 markah]
|
|
e
|
i
ii
|
Pada pendapat anda, mengapakah orang Melayu kurang
menggunakan perkhidmatan bank dan insuran pada zaman penjajahan British?
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
[2 markah]
|
No comments:
Post a Comment