Zaman Prasejarah.
1. Terbahagi
kepada 4 tahap atau zaman
a. Zaman
Paleolitik
b. Zaman
Neolitik
c. Zaman
Mesolitik
d. Zaman Logam
2. Pengkajian
Zaman PraSejarah dan budayanya dikaji oleh ahli arkeologi
a. Arkeologi
ialah kajian terhadap
i. Artifak – tinggalan barangan yang dicipta
oleh manusia spt pasu, , pinggan mangkuk,
tembikar, pisau dll.
ii. Ekofak – tinggalan sisa makanan, tulang dan
tumbuhan
iii. Feature – tinggalan spt struktur
bangunan, dan lubang sampah yang tidak dapat diubah.
|
|||
3. Petempatan
zaman Paleolitik di Malaysia ialah di:
a. Tingkayu
b. Kota
Tampan
c. Gua
Niah
d. Lenggong
4. Ciri-ciri kehidupan zaman Paleolitik dan
Mesolitik
a. Hidup
secara nomad iaitu berpindah
randah
b. Tinggal
di tepi tasik, sungai atau gua.
c. Hidup
dalam kelompok keluarga secara
berkumpulan.
d. Menyara
kehidupan dengan berburu, hasil hutan,
dan menangkap ikan.
e. Peralatan
yang digunakan lebih kepada fungsi penggunaan. Tidak kepada nilai estetika
dan seni
5. Manusia
zaman neolitik lebih bertamadun
daripada Paleolitik dan mesolitik.Buktinya:
a. Kehidupannya
mula secara kekal dalam kelompok besar
– wujud masyarakat.
b. Menyara
diri dengan bercucuk tanam spt
menanam padi di China, Non Nok Tha dan Ban Kao Di Thai, Gua Sireh di Sarawak.
c. Menternak binatang spt menternak
biri-biri di Iraq.
d. Penciptaan
alat mempunyai pelbagai fungsi.
e. Mencipta
tembikar melalui teknik putar spt
di Gua Musang.
f. Wujud
pengkhususan kerja – banyak masa untuk hasilkan artifak.
g. Berjaya
memikirkan cara melebur logam.
h. Sistem
tukaran barangan kerana mulai ada lebihan makanan.
i. Sistem barter –
ii. Cengkerang Cowrie atau siput gerus dibentuk
jadi rantai.
6. Masyarakat
Neolitik di Timur Dekat
a. Wujud
pertanian sejak 8000SM
b. Penternakan
biri-biri di Iraq
c. Di
China – padi ditanam sejak 8000 tahun lalu
d. Di
Asia Tenggara padi ditanama di Non Nok Tha dan Ban Kao di Thailand 3500SM.
e. Di
Malaysia padi di Gua Sireh Sarawak – 4500SM
|
|||
7. Zaman
Logam terbahagi kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi.
a. Di
Malaysia wujud sekitar 500SM
b. Gangsa
dihasil – campuran tembaga dan timah.
c. Di
Eropah – gangsa mula digunakan sekitar 2300SM – 700SM.
d. Tanah
Besar Asia Tenggara – Zaman Logam sekitar 1000SM – 1500SM – Bukti gendang
gangsa di Dongson, Vietnam.
8. Manusia
zaman Logam lebih maju daripada
Paleolitik,Mesolitik, dan Neolitik.Buktinya berasaskan ciri-ciri berikut:
a. Penggunaan
logam besi dan kejayaan mencipta rumah
dan perahu.
b. Meneroka lautan dan meningkatkan
kegiatan perdagangan maritim.
c. Perkembangan
perdagangan bermula di pesisiran pantai dan kemudian lebih jauh ke daratan.
d. Wujud
petempatan besar kepada kota
pertahanan.
e. Wujud
bandar-bandar besar spt. Jericho (8000SM), Catal Hayuk di Turki ( 6500SM).
f. Mengetahui
cara mengkebumikan mayat dengan
bekalan spt makanan, tembikar dan besi.
|
|||
Konsep Tamadun
Tamadun
boleh dimaksudkan dengan:
1. Madain atau mudun .
2. Madana bermaksud tinggi budi bahasa
dan pembukaan bandar.
3. Civilisation berasal dari Greek civitas bermakna
bandar
4. Peradaban
manusia.
5. Maksud
tamadun dari sudut Barat:
a. Dikaitkan
dengan pembangunan lahirah spt
dalam aspek kebudayaan – penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran.
b. Pencapaian lahiriah ialah kayu ukur
kemajuan dalam sesebuah masyarakat.
c. Pembangunan
lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun.
6. Maksud
tamadun dari sudut Islam:
a. Merangkumi
pembangunan lahiriah dan rohaniah.
b. Ibn
Khaldun melihat dari aspek kehidupan bandar.
c. Syed
Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah
masyarakat.
7. Ibn Khaldun – nama sebenar Abd Al
Rahman Ibn Muhamad.
a. Lahir
– di Tunisia
b. Pemikir
yang unggul dan asli sosiologi Islam.
c. Menganggap
kehidupan bandar ialah kehidudpan bertamadun. Terbentu apabila lahir semangat
assabiah atau kekitaan – maka lahir semangat tolong menolong dan kerjasama.
d. Penulisannya
– berasaskan pengalaman.
e. Karya
sulung Muqadimmah – guna istilah
i. Umran bermakna tanah
yang didiami secara tetap, berkembang dan maju.
ii. Hadarah – hidup di
bandar yang penuh tatasusila, kesopanan, sopan, adan bermoral
yang tinggi.
iii. Karyanya jadi rujukan sarjana barat, bidang
sosiologi dan sejarah.
8. Terdapat
6 ciri tamadun iaitu:
a. Petempatan kekal
i. Lebih sistematik, tidak berpindah randah.
ii. Berusaha menternak, bertani, dan mencipta
peralatan bagi meningkatkan pengeluaran.
b. Sistem pemerintahan
i. Pemerintahan yang bersistem dengan Raja sebagai
ketua dianggap mewakili tuhan.
ii. Adanya sistem perundangan yang mengawal
perilaku rakyat, menjaga keamanan dan
kemakmuran.
c. Agama dan Kepercayaan
i. Manusia mula percaya ada kuasa ghaib yang
mengawal sekeliling mereka.
ii. Wujud kepercayaan animisme dan kemudian
politisme dan penyembahan tuhan.
d. Kehidupan berorganisasi
i. Wujud lapisan masyarakat yang berperanan
spt Raja,pembesar rakyat.
ii. Dapat aturkan kehidupan yang stabil dan
makmur.
e. Pengkhsusan Kerja
i. Mengakibatkan peningkatan pengeluaran.
ii. Berkembangnya pertukaran barangan dan
pedagangan.
iii. Wujud ilmu pengetahuan dan penciptaan
teknologi.
f. Bahasa dan Sistem Penulisan.
i. Wujudnya bahasa Yunani dan Sanskrit.
ii. Tulisan hieroglif, cuniefom, ideogram dan piktograf.
iii. Tersebar ilmu pengetahuan dan perhubungan.
iv. Digunakan dalam urusan
pentadbiran spt penyimpanan rekod, penulisan undang- undang dan hal
keagamaan.
|
|||
Proses Pembentukan Tamadun
1. Pembentukan
awal tamadun terletak di lembah sungai spt:
a. Tamadun
Mesopotamia di Sungai Euphrates dan Tigris.
b. Tamadun
Mesir Purba di Sungai Nil.
c. Tamadun
Indus di lembah sungai Indus.
d. Tamadun
Hwang Ho di lembah sungai Hwang Ho.
2. Sebab
pemilihan lembah sungai sebagai
tumpuan tamadun awal:
a. Kesuburan tanah untuk pertanian.
b. Bekalan air untuk keperluan harian
dan pertanian.
c. Memudahkan
pengangkutan memasarkan barangan dan
berhubung.
d. Sumber makanan daripada tangkapan
ikan.
e. Sebagai
alat perhubungan.
|
|||
Tamadun Mesopotamia
1. Bermaksud
tanah di antara dua sungai.
Terletak antara Sungai Euphrate dan sungai Tigris
2. Terbahagi
kepada tujuh zaman pemerintahan iaitu:
a. Kerajaan
Sumeria – 3500 – 2340 SM
i. Merujuk
wilayah selatan Iraq – Sumir .
ii. Peringkat awal didiami dua puak – Orang
Sumeria dan Orang tidak tahu asal usulnya
dan kecil bilangannya.
b. Kerajaan
Akkad – 2371 – 2006 SM
c. Kerajaan
Ur – 2113 – 2006 SM
d. Kerajaan
Babylon Awal dan
Lama – 2000 – 1530 SM
e. Kerajaan
Kassites – 1530 – 1100 SM
f. Kerajaan
Assyria – 1100 – 626 SM
g. Kerajaan
Chaldea - 626
– 539 SM
3. Parsi
telah menguasai wilayah mesopotamia sehingga menyebabkan keruntuhan kerajaan
tersebut.
4. Proses pembentukan tamadun Mesopotamia melalui
proses berikut:
a. Terbahagi
kepada dua bahagian – utara dan selatan Baghdad.
b. Utara
Baghdad meliputi kawasan Sg Tigris ke utara termasuk Sg. Zab yang dikenali
Assyria.
c. Selatan
Baghdad meliputi kawasan Sg. Tigris dan Euphrate dikenali Babylon.
d. Bermula
di wilayah selatan iaitu Sumer – org Sumeria bina petempatan –
menjalankan aktiviti pertanian dan bina sistem pengairan.
e. Perkampungan
awalberkembang jadi kota dan membentuk negara kota spt Kish, Lagash, Uruk,
Ur, Eridu, Assur, dan Mari.
f. Negara kota ini terletak di sepanjang
sungai dan tersusun sistematik.
i. Keluasannya sekitar 1000 batu persegi. Cth
Kota Lagash – keluasannya 1800 batu
persegi, penduduknya 30000 – 35000 orang.
ii. Setiap negara kota merupakan kerajaan
berdaulat – ada unit politik sendiri.
iii. Hanya bersatu untuk menentang musuh.
|
|||
5. Ciri-ciri tamadun Mesopotamia.
a. Setiap
negara kota ada ciri tersendiri dan terbahagi kepada beberapa kawasan utama iaitu pusat kota,
tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
b. Ada
kubu pertahanan dengan pelbagai pintu
gerbang – lambang kekayaan negara kota.
c. Di
pusat kota terdapat istana, rumah
kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, dan pasar.
d. Jalanraya
lebar dan lurus.
e. Rumah ibadat menjadi tumpuan
masyarakat dan pusat kota.
f. Ada
unit politik tersendiri dan agamanya.
g. Sungai dan kawasan tanah pamah memudahkan
pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
h. Jalan
laut menghubungkan negara kota dengan wilayah sekitarnya.
i. Antara
jalan utama ialah yang hubung
Sumeria dan Kota Mari diguna pedagang luar dari Mesopotamia.
|
|||
6. Organisasi sosial masyarakat
Mesopotamia terbahagi dua golongan iaitu
a. golongan pemerintah
i. Terdiri daripada Raja, Ketua pendeta,
ketua Tentera dan orang bangsawan.
b. rakyat.
i. terdiri daripada rakyat bebas,- petani,
artisan, dan pedagang.
ii. Hamba – daripada tawanan perang.
|
|||
7. Raja dalam sistem pemerintahan
Mesopotamia berperanan sebagai:
a. Ketua kerajaan/pemerintah dan
dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota, dikenali
teokrasi.
b. Ketua tentera
c. Ketua pendeta/agama
d. Berkuasa
melantik pembesar terutama ahli
keluarga dalam memegang jawatan di Zigurat.
e. Berkuasa
dalam bidang ekonomi – pengutipan
cukai tanah, hasil pertanian dan perniagaan.
f. Ketua
pemerintahan dan dibantu golongan bangsawan yang ada ikatan kekeluargaan.
g. Masyarakatnya
tidak menyembah raja sebagai tuhan kecuali dalam zaman Raja Naramsin di Akkad
– gelar diri Raja Empat Penjuru Alam.
|
|||
8. Dalam
bidang pengkhususan kerja dapat
dilihat melalui aspek:
a. Wujud
bila ada lebihan hasil pertanian. Kesannya – ada petani yang tukar kerja
sebagai petani, artisan, dan peniaga
b. Wujud
perdagangan antarabangsa untuk
dapatkan banyak bahan mentah spt logam,kayu - kayan, emas,dan perak.
Ditukarkan dengan hasil pertanian. Dagang dengan lembah Indus.
c. Wujud
pengusaha tembikar, tekstil, dan alat
keperluan.
d. Tukang rumah- keperluan masyarakat
untuk rumah.
e. Rakyat
yang berkhidmat sebagai tentera.
|
|||
9. Aspek
keagamaan dan kepercayaan masyarakat
Mesopotamia dapat dilihat berdasarkan ciri berikut:
a. Mengamalkan
kepercayaan banyak tuhan – politiesme.
b. Raja sebagai wakil tuhan. Era Raja
Naramsin di Akkad – gelar diri Raja Empat Penjuru Alam.Paksa rakyat
sembahnya.
c. Pendeta ketuai upacara agama di Zigurat.
d. Tidak percaya kehidupan selepas mati
tetapi hanya jatuh ke dalam gua yg penuh debu.
e. Pemerintahan
oleh tuhan atau wakil tuhan berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan – teokrasi.
|
|||
10. Sistem tulisan
a. berasaskan
gambar dan berkembang menjadi
simbol dan ditulis pada tanah liat. Gunakan pen rumput buluh - bentuk pepaku dikenali cuneifom.
b. Wujud jurutulis
c. Tradisi
kesusasteraan – Epik Gilgamesh
i. kisah Falsafah dan cara hidup masyarakat
Mesopotamia. Tentang kepahlawanan Gilgamesh – ada sifat dua
pertiga tuhan, satu pertiga manusia. Wajah tampan, ada kekuatan dan keberanian. Telah
memerintah dan memberikan perlindungan kepada
Kota Uruk.
ii. Ceritakan juga kehidupan yang kekal dan kesaktian.
|
|||
Sumbangan Tamadun Mesopotamia
1. Dalam
Perundangan - Sumbangan Raja Hammurabi
1792 – 1750SM.
a. Hammurabi
– Keturunan Amorite , Banyak dirikan negara kota, Pusat pemerintahan di
Babylon. Menakluk Akkad – jadi Raja Mesopotamia.
b. Aspek
undang-undang ini dapat dicirikan
dengan:
i. Mengenalkan Kod Undang-Undang Hammurabi
ii. Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
iii. Hukuman
adalah setimpal dengan kesalahan, tetapi berbeza ikut susun lapis masyarakat.
Contoh:
1. Jika rakyat patah tulang bangsawan –
tulangnya akan dipatahkan.
2. Jika bangsawan cedera atau patahkan tulang
rakyat – hukumannya denda satu
wang perak.
iv. Kod ini mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok.
v. Dasar perundangan tamadun Mesopotamia.
vi. Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di
kalangan masyarakat pelbagai kaum
dan susun lapis masyarakat.
vii. Wujudkan perpaduan dan mengukuhkan
organisasi.
c. Wujudkan
empayar Kerajaan Akkad – empayar
pertama di dunia.
i. Raja Sargon berjaya satukan wilayah
kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia.
ii. Perintis pembentukan empayar – jadi ikutan
Firaun Tutmose III.
d. Telah
membantu peradaban Mesopotamia dan pembentukan masyarakat dari 3000SM hingga
539SM.
|
|||
2. Sumbangan
dalam aspek tulisan memberikan
kelebihan dalam aspek berikut:
a. Melahirkan
sistem pendidikan dan mewujudkan jurutulis.
i. Wujudkan
perpustakaan – perpustakaan diRaja.
1. 22000 tablet – kandung pelbagai penemuan.
2. Antaranya ilmu perubatan. Surat dan
dokumen perniagaan.
3. susunan peristiwa peperangan ikut urutan
sejarah.
b. Pentadbiran
dan perniagaan dapat direkodkan.
c. Urusan jual beli direkod dalam
resit, nota, dan surat kredit.
d. Melahirkan
golongan sastera dan kesusasteraan
spt epik Gilgamesh – tertua di dunia menjelaskan falsafah dan cara hidup
orang Mesopotamia.
i. kisah Falsafah dan cara hidup masyarakat
Mesopotamia. Tentang kepahlawanan Gilgamesh
– ada sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia. Wajah tampan, ada kekuatan dan
keberanian. Telah memerintah dan memberikan perlindungan kepada Kota
Uruk
ii. Ceritakan juga kehidupan yang kekal dan
kesaktian.
3. Sains dan teknologi:
a. Perkembangan
ilmu astronomi.
b. Perkembangan
pencerapan bulan,bulan dan
matahari telah perkembangkan ilmu matematik
– sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, darab, bahagi,punca ganda dua
dan ilmu geometri.
c. Astronomi – guna jalan laut
perdagangan dan penerokaan.
d. Penciptaan
kalendar 12 bulan.
e. Perkembangkan
ilmu perubatan – kerajaan Assyria.
f. Penciptaan
roda dan kereta kuda – peperangan
atau kegunaan harian.
g. Kincir air – mengairi kawasan
tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.
h. Kapal layar dan pengangkutan beroda
menguasai jalan laut dan darat.
i. Perkenalkan
batu bata daripada tanah liat.
j. Dalam
seni bina berjaya:
i. Mencipta arca dan tiang batu – Cth Zigurat dan patung Raja Gudea
ii. Pembinaan Taman Gantung Babylon – dibina Raja Chaldea zaman Raja Nebuchadnezzar.
iii. Terdapat pelbagai jenis pokok dan pokok bunga – ditanam pada binaan bertingkat
di bukit berteres.
|
|||
Tamadun Mesir Purba
1. Berkembang
dari petempatan awal zaman Neolitik 10000- 5000SM. Sekitar 3500SM di kaw
delta dan tengah Mesir berkembang jadi tamadun awal .
2. Terbahagi
4 zaman
2.1. Awal - 3100 – 2200SM
2.2. Pertengahan - 2040 – 1785Sm
2.3. Empayar - 1570 – 1085SM
2.4. Keruntuhan - 1085 –
322SM
- Dikuasai :
2.4.1. Libya 1110 – 947SM ,
2.4.2. Kush 730 – 670SM
2.4.3. Assyria 663 – 609SM
2.4.4. Parsi 525SM
2.4.5. Yunani 332 – 30SM
2.4.6. Rom 30SM
3. Terletak
di tebing Sungai Nil – ada dataran yang subur.
4. Pusat
pentadbiran – Memphis, Thinis, dan Thebs.
5. Kuasa
luar yang pernah jajah – Libya, Kush, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom.
6. Proses pembentukan tamadun Mesir
Purba
6.1. Bermula
dalam zaman logam sejak 5000SM dgn membina sistem perparitan dan pengairan
untuk pertanian.
6.2. Kemudian
bina peralatan kawalan air dan terusan – tingkatkan kesuburan pertanian.
6.3. Mendirikan
petempatan dan berkembang menjadi kampung.
6.4. Perkampungan
berkembang jadi bandar dan bergabung bentuk daerah @ nome.
6.5. Nome atau daerah disatukan jadi pusat
pentadbiran spt Thebes, Thinis dan Memphis.Salah satunya jadi pusat
pentadbiran.
|
|||
7. Ciri-ciri
petempatan kekal :
7.1. Asas
petempatan disatukan oleh Firaun Menes 3200SM. Semua nome disatukan jadi
sebuah kerajaan.
7.2. Pusat
pentadbiran berpindah ke Memphis dari
Thinis – hampir dengan sungai Nil.
7.3. Kemudian
berpindah ke Thebes pd zaman
kemuncaknya.
7.4. Menjadi
tempat kediaman Firaun.
7.5. Bandar
berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran. Pelabuhan dijadikan pusat keagamaan dan tumpuan penduduk.
|
|||
8. Bentuk
dan struktur organisasi :
8.1. Firaun
merupakan raja yang berkuasa mutlaq
serta dianggap suci
8.2. Jawatan
firaun diwarisi secara turun-temurun.
8.3. Firaun
dianggap sebagai tuhan Horus
semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat,firaun digelar sebagai Raja Matahari,iaituAmon-Re.
8.4. Firaun
juga merupakan ketua pendeta,ketua
hakim,pemilik tanah,dan ketua pahlawan.
8.5. Golongan
pahlawan menjalankan pentadiran,menjaga keamanan,mengurus dan mengagihkan
makanan dan menjadi pegawai,penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
8.6. Para rahib dipertanggunjawabkan oleh
firaun untuk mantadbir hal keagamaan.
8.7. Jurutulis ditugaskan untuk menulis rekod
kerajaan.
8.8. Rakyat bebas terdiri daripada
petani,pedagang dan artisan.
8.9. Hamba adalah susun lapis masyarakat
yang paling bawah.
|
|||
9. Sistem Pemerintahan dan peranannya:
9.1. Raja – Ketua dan pemerintahan Mesir
Purba.Bergelar Firaun .Perkataan Firaun dari Yunani Pharaoh –
bermaksud rumah yg agong. Merujuk istana dan raja yang memerintah.
Berperanan:
- Raja berkuasa mutlak
- Dianggap
sebagai suci dan dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus.
- Mewarisi
pemerintahan secara turun temurun.
- Dalam
dinasti ke tiga dan empat Firaun digelar Amon Re – Raja Matahari.
- Ketua
pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan pahlawan.
- Dibantu
golongan bangsawan dalam jalakan pemerintahan, menjaga keamanan, mengurus
dan mengagih makanan.
- Melantik
para rahib mentadbir hal keagamaan.
- Melantik
orang awam sebagai jurutulis rekod kerajaan.
- Firaun
Hatshepsut seorang wanita – membina terusan dan menukar padang pasir jadi tanah pertanian
yang subur
9.2. Pembesar, Bangsawan, Rahib, Jurutulis, Tuan
Tanah
- Membantu raja sebagai pegawai, penasihat
dan gabenor wilayah.
- Rahib
mentadbir hal keagamaan.
- Jurutulis
merekod rekod kerajaan.
9.3. Rakyat Bebas – Petani, Pedagang,
Artisan
9.4. Hamba
|
|||
10. Pengkhususan pekerjaan masyarakat
Mesir.
- Terlibat
dalam kraftangan seperti penenunan
dan pembuatan barangan tembikar dan peralatan.
- Hasil
tekstil dan kertas untuk ekspot.
- Perlombongan
emas di Nubia.
- Sungai Nil – membolehkan kapal
menyusuri dan berlabuh di pelabuhan spt Thebes, Memphis, Fayoun, dan Heliopolis
untuk aktiviti perdagangan.
- Pentadbiran terancang – menarik
pedagang Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk
singgah di Pelabuhan Mesir Purba.
|
|||
11. Kepercayaan masyarakat Mesir.
11.1. Berkonsepkan
politeisme.
11.2. Setiap
tahun orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti Re
(Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin).
11.3. Mempercayai
kepada kehidupan selepas mati dan mayat perlu disimpan serta
dijaga dengan teliti.
11.4. Makam mayat dibekalkan dengan
barangan kelengkapan harian serta kehidupan selepas mati
12. Ciri-ciri sistem
tulisan Mesir Purba:
12.1. Sistem
tulisan hieroglif – tulisan
bergambar. Berkembang kepada hieratik – tulisan berangkai kemudian demotik
700SM .
12.2. Sistem
tulisan ini berasaskan kombinasi
gambar dan simbol berdasarkan bunyi.
12.3. Sistem
tulisan bertujuan mencatatkan rekod
aktiviti pertanian dan pengutipan cukai.
12.4. Juga
berperanan dalam keagamaan dan amalan
ritual kepercayaan.
|
|||
Sumbangan Tamadun Mesir Purba
1. Sumbangan
dalam sains dan teknologi.
a. Sumbangan
seni bina piramid-dibina Imhotep
i. Jasa Imhotep – Bina piramid Sakkara.
ii. Dibina
untuk Firaun Djoser – Firaun kedua dinasti ketiga.
b. Memperkenalkan
teknik pembinaan menggunakan batu
bata.
c. Mencipta
kertas daripada pokok papyrus.
d. Penciptaan
kertas memudahkan penyimpanan khazanah bangsa.
e. Tinggalan
tamadun Mesir Purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya iaitu
hieroglif.
f. Kemajuan
dalam ilmu perubatan melahirkan
pengamal perubatan mendapat status yang tinggi dalam masyarakat dan
berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
i. Dokumen perubatan Mesir Purba jumpa dalam makan
Firaun Khufu. 1600SM.
ii. Catatan
perubatan yang tertua.
g. Kemajuan
dalam bidang perubatan dalam memumiakan
mayat.
h. Tahap
keilmuan dan kemahiran dalam bidang
fizik,kimia,perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada
perkembangan ilmu hingga ke hari ini.
i. Penggunaan
ilmu matematik digunakan untuk
mengawal banjir.
j. Berjaya
mencipta sistem pengairan – menyuburkan kawasan pertanian.
k. Zaman
Firaun Senuustret III – berjaya
menebusguna tanah – 123KM dan bina terusan mengairi 10000hektar.
l. Memperkenalkan
kalendar 365 hari , 12 bulan setahun.
m. Tinggalan
bangunan, tulisan, dokumen, dan buku
– pembuktian wujud tamadun Mesir Purba.
n. Pengawalan
air nadi tamadun Mesir.
2. Sumbangan
dan penekanan dalam pendidikan.
a. Diwujudkan
untuk kanak-kanak sejak umur rendah –
golongan atasan.
b. Diadakan
di rumah ibadat dan dikawal
kerajaan.
c. Tujuan
– lahirkan golongan pegawai kerajaan
spt jurutulis.
d. Wujudkan
juga ahli sains, geometri, matematik
– uruskan hal ehwal pertanian,pengawalan air, pembinaan bangunan, dan
piramid.
|
|||
Tamadun Indus
1. Di
lembah Indus disaliri sungai Indus yang berpunca dari Gunung Himalaya dan
sekelilingnya.
2. Dikenali
juga sebagai Tamadun Harappa.
3. Mula
muncul pada sekityar tahun 2500SM dan merosot 1800SM.
4. Kehancuran
disebabkan serangan orang Aryan serta bencana alam spt banjir, kemarau, dan
gempa bumi.
5. Dua
negara kota Tamadun Indus.
a. Mohenjo-Daro
b. Harappa
6. Proses
pmbentukan tamadun Indus spt berikut:
a. Penduduk
nomad di barat laut India membentuk pentempatan kekal di sepanjang sungai
Indus.
b. Kekal
kerana adanya sungai Indus – menyediakan sumber air dan tanah yang subur.
c. Telah
meningkatkan hasil pertanian dan menambahkan jumlah penduduk kerana
kepandainya menyesuaikan diri dengan alam sekitar.
d. Sebabkan
wujudnya bandar dan yg utama Mohenjo-Daro dan Harappa – bandar pelabuhan
penting.
7. Ciri-ciri keistimewaan Mohenjo-Daro dan
Harappa sebagai petempatan kekal
a. Pembentukan
yang terancang dan terbahagi kepada 2
bahagian dan dikelilingi tembok.
i. Bahagian
utama – pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan
pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan utk upacara ritual dan
pembersihan.
ii. Bahagian
kedua – kawasan perumahan dan disusun berasaskan blok berbentuk segi empat.
b. Setiap
blok dipisahkan satu rangkaian jalanraya
dan lurus. Bersambung antara satu sama lain.
i. Blok
berasaskan segi empat dan dipisahkan oleh jalanraya
yg lurus dan bersambung.
c. Perancangan
bandar dibantu oleh kemajuan ilmu
geometri dan pembinaan yang diterapkan daripada Tamadun Mesopotamia dan
Mesir Purba.
d. Menggunakan
batu bata daripada tanah liat
melalui pembakaran suhu yang tinggi.
e. Ada
sistem kumbahan dan saliran yang
terancang.
i. Rumah ada bilik mandi dan tandas.
ii. Air kumbahan disalirkan
keluar melalui paip ke longkang.
iii. Longkang tidak ditutp terus untuk
pembersihan.
iv. Bahan buang dihantar ke luar bandar.
f. Bandar
boleh dihubungi melalui sungai.
Berfungsi sebagai alat perhubungan.
|
|||
8. Ciri-ciri
sistem organisasi sosial
masyarakat Tamadun Indus.
a. Terbahagi
dua golongan:
i. Bawahan
I. Terdiri daripada petani, buruh, dan hamba.
II. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan salurkan
sebahagian hasil kepada
kerajaan.
III. Golongan buruh
menjalankan kerja perburuhan spt menjaga kebersihan
bandar , membina tembok di benteng dan
membina terusan.
ii. Atasan
I. Terdiri daripada pendeta dan pedagang.
II. Pendeta mempunyai pengaruh dan
kuasa yang besar dalam mengawal aktiviti
masyarakat terutamanya yang melibatkan aspek keagamaan.
III. Mempunyai pengaruh keagamaan
– alat dapatkan taat setia
golongan bawahan.
|
|||
9. Aspek
pengkhususan pekerjaan masyarakat
Indus dapat dicirikan dengan:
a. Menjalankan
pelbagai kegiatan ekonomi spt perdagangan,
pertanian, pertukangan dan pembuatan.
b. Aspek
perdagangan membabitkan perdagangan luar dengan Mesopotamia.
Dibuktikan dengan penemuan cap mohor
di Mespotamia
i. Cap mohor diperbuat dari batu lembut
,diukir, dan dipanaskan.
ii. Berbentuk segi empat bujur.
iii. Lambang pengenalan diri atau kumpulan
pedagang.
c. Hasil perdagangan spt emas, gading,
manik, dan hasil pertanian.
d. Petani mengeluarkan hasil spt barli,
kacang dan sebagainya.
e. Golongan artisan terlibat dalam
pembinaan dan penghasilan barangan logam dan tembikar.
|
|||
10. Amalan keagamaan dan kepercayaan masyarakat
Indus.
a. Mempunyai
satu amalan agama dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai
unsur keagamaan iaitu patung
Proto-Siva.
b. Patung
tersebut menunjukkan seseorang sedang
duduk bersila dengan stail yoga
dan terdapat tiga tanduk di kepelanya
yang melambangkan Dewa Brahma,Vishnu
dan Siva.
c. Proto
Siva menjadi sangat penting dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu.
d. Masyarakat
dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan
Ibu
i. Dibuktikan dengan penemuan patung wanita.
ii. Disembah sebagai lambang kesuburan.
iii. Berlaku juga dalam masyarakat Mesopotamia,
Asia Kecil, Syria, dan Palestin
11. Sistem tulisan
yang dihasilkan ialah sistem tulisan
piktograf.
|
|||
Sumbangan
Tamadun Indus
1. Perancangan bandar – sebab utama
kerana:
a. Terdapat
gabungan kepakaran dari sudut perletakan
bandar dan pengisiannya.
b. Pemahaman
dalam ilmu geometri.
c. Pemahaman
dalam ilmu kesenian.
d. Pemahaman
dalam ilmu matematik.
e. Mahir
dalam bidang pembinaan.
f. Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia
dan Mesir menghasilkan perancangan bandar berbentuk segi empat dengan
jalan raya yang lurus.
g. Meningkatkan
mutu pembinaan dengan membuat batu
bata melalui pembakaran suhu yang tinggi.
|
|||
2. Sifat keterbukaan. Penting kepada
kemajuan manusia kerana :
a. Tamadun
Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat tidak akan mampu mencapai
kecemerlangan tanpa membuat hubungan
serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
b. Hubungan
dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba membolehkan kedua-dua
pihak memperoleh manfaatnya dalam bentuk
pertukaran teknologi.
c. Hubungan
dengan tamadun Mesopotamia membolehkan segala pengaruh dari luar disesuaikan
dengan keadaan tempatan.
i. Dilihat melalui nama bandar Makan dan Meluhha.
ii. Makan
– Makran
iii. Meluhha
– Mohenjodaro.
d. Tamadun
Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden akan sifat keterbukaan
dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan.
e. Tamadun
Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan adalah tunjang kepada
sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.
3. Kematangan ketamadunan manusia –
sebab :
a. Pencapaian
cemerlang dalam perancangan bandar.
b. Menjalankan
kegiatan perdagangan antarabangsa.
c. Pencapaian
dalam keseimbangan rohani dan kepercayaan.
d. Melahirkan
masyarakat yang kreatif.
e. Menghasilkan
teknologi yang hebat.
|
|||
Tamadun Hwang Ho
1. Terletak
dilembah sungai Hwang Ho atau sungai
Kuning utara China.
2. Dinasti
awal dalam tamadun Hwang Ho ialah
a. Dinasti
Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M.
b. Dinasti
Shang pada sekitar tahun 1766-1050 S.M.
c. Dinasti
Chou dari tahun 1050-256 S.M.
3. Proses
pembentukan melalui aspek berikut:
a. Lembah
Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap
dan membina petempatan.
b. Tapak
Banpo yang berhampiran bandar Siam moden merupakan petempatan awal
penduduk Hwang Ho.
c. Penduduk
menjalan kan aktiviti pertanian dan penternakan binatang,mengumpul hasil
hutan dan berburu.
d. Perkembangan
petempatan awal mewujudkan beberapa buah bandar antaranya Anyang yang menjadi
pusat kerajaan Dinasti Shang.
e. Semasa
Dinasti Chou,tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
4. Proses pembentukan negara kota
tamadun Hwang Ho ialah
a. Hwang
Ho menyuburkan kawasan – tarik petempatan.
b. Tapak
Banpo ialah petempatan awal.
c. Asaskan
pertanian, penternakan , kutip hasil hutan, memburu .
d. Berkembang
- wujud bandar-bandar dan Anyang menjadi negara kota Dinasti Shang.
i. Anyang dilengkapi dengan tembok untuk
menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi
perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
ii. Ketua pemerintah – Raja , golongan pembesar
dan golongan agama tinggal di bandar.
iii. Dibandar ini terdapat istana,kuil dan
pusat pentadbiran Dinasti Shang.
e. Dinasti
Shang sebar budaya dan luaskan wilayah.
f. Dinasti
Chou sebar hingga Sungai Yangtze.
|
|||
Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho
1. Aspek
organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang ialah
a. Raja menduduki lapisan teratas
diikuti golongan pembesar.
b. Golongan petani yang membentuk
sebahagian besar penduduk,mendiami kawasan diluar negara kota ini.
c. Golongan artisan memiliki kemahiran
menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata,perisai
dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk
acara keagamaan.
d. Golongan pembesar yang mampu memiliki
tentera dan senjata gangsa menggunakan keistimewaan untuk menundukkan
golongan bawahan.
e. Golongan
paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.
|
|||
2. Aspek
sistem pemerintahan Dinasti Shang ialah
a. Sistem
pemerintahan berbentuk pemerintahan beraja.
b. Pengganti raja selalunya dilantik
daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
c. Raja-raja berkuasa ke atas
pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan
agama.
d. Mengikut
kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
i. Jika
raja adil – kerajaan dan rakyat makmur dan sejahtera kerana
restu Tuhan – jika tidak sebaliknya.
ii. Percaya
Dinasti Shang runtuh kerana zalim.
e. Raja-raja
Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan
politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
f. Raja dibantu oleh golongan bangsawan
yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
g. Golongan
bangsawan berhak mewujudkan sistem dalam tugas seperti pungutan cukai
,pertahanan dan undang-undang.
h. Kezaliman
Raja Shang menunjukkan raja kehilangan
mandat menyebabkan golongan hamba menyingkirkan Dinasti Shang untuk
diganti dengan Dinasti Chou. Pemerintahan Raja Chou telah
i. membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
ini.
ii. mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada
pemerintahan dan memberikan hadiah
seperti kereta kuda,senjata gangsa,hamba dan binatang.
iii. meminta
melindungi raja dan memberikan bantuan
tentera pada masa perang.
iv. memberi
hak kpd pembesar tempatan bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan
upacara pengorbanan.
v. Dibantu oleh ketua
menteri dan enam badan yg urus
i. Pertanian
ii. Tentera
iii. Kerja awam
iv. Upacara agama
v. Hal ehwal monarki
vi. Undang-undang.
vi. Peringkat
wilayah dikendali pembesar feudal.
|
|||
3. Ciri-ciri
pengkhususan pekerjaan
dan peranan masyarakat .
a. Golongan
pembesar mempunyai tentera masing- masing terdiri daripada tentera berkuda dan tentera berjalan
kaki.
b. Golongan petani sebagai tonggak
ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan,
c. Golongan artisan telah mencipta
pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan,senjata dan
barang tembikar.
d. Golongan hamba berfugsi ;
i. sebagai tentera paksaan
ii. membantu kerja-kerja perburuhan
iii. bagi
tujuan koban dalam upacara penyembahan.
|
|||
4. Agama dan kepercayaan .
a. Sebahagiaan
masyarakat mengamalkan kepercayaan anismisme
dan politisme.
b. Masyarakat
Shang mempercayai politeisme
seperti tuhan syurga,tuhan
bumi,sungai,bukit dan gunung.
c. Mereka
mengamalkan penyembahan roh nenek
moyang.
d. Mereka juga
sembah tuhan syurga (Shang
Ti)dan Tuhan Bunyi ( Tu). Sembha juga bukit, sungai, dan gunung.
i. Shang
Ti – Dewa tertinggi di syurga dan nenek moyang Shang.
ii. Percaya pada kuasa agung – Tien. – suatu makhluk unggul atau
kuasa tertinggi alam semesta
atau syurga.
iii. Konsep
ini mempengaruhi Yin dan Yang.
i. Alam semesta dan kejadiannya terdiri dari
dua unsur.
ii. Yin – kuasa pasif
iii. Yang – Kuasa aktif
e. Upacara sembah libatkan permainan
muzik,tarian dan upacara korban diketuai oleh bomoh.
f. Tulang oracle berfungsi bagi meramal
keadaan.
i. Bomoh terlibat dalam upacara penilikan
tulang oracle meletakkan di atas unggun api
sehingga timbul rekahan untuk maramalkan untuk mentafsir sesuatu kejadian.
ii. Amalan ini bawa kemunculan sistem tulisan.
5. Sistem
tulisan masyarakat Tamadun Hwang
Ho berbentuk
a. Rekahan
tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan
tulisan.
b. Tulisan
peringkat awal berbentuk ideogram
berdasarkan simbol.
c. Tulisan
asal mempunyai gambar seperti
kanak-kanak,bulan,matahari dan sungai.
|
|||
Sumbangan Tamadun Hwang Ho
1. Aspek Politik
a. Sistem
pemerintahan berbentuk monarki
hingga Zaman Dinasti Ching.
b. Gelaran
Raja bertukar jadi Maharaja.
c. Raja
dikatakan anak syurga dan dapat mandat
dari syurga.
d. Pemerintahan
Dinasti diteruskan sehingga abad ke 20.
2. Aspek Ekonomi
a. Sistem pengairan diperbaharui.
b. Bina terusan untuk pertanian dan elak
banjir.
c. Teknologi
pembajakan dan penciptaan cangkul dan
sabit untuk pertanian.
d. Menggunakan
batas .
e. Maenggunakan
alat pertanian daripada kayu
kepada besi.
|
|||
3. Aspek Sosial
a. Sistem
tulisan digunakan
hingga hari ini.
b. Tulisan
digunakan dalam bidang penulisan dan pencetakan.
c. Tulisan
diajar di sekolah-sekolah di Cina.
d. Berkembang
dan digunakan oleh orang Korea dan
Jepun.
4. Agama dan kepercayaan
a. Kepercayaan
yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
b. Unsur
pemujaan dijalankan sejak zaman Shang, diteruskan mengikut kesesusaian masa
dengan unsur korban manusia
digantikan dengan unsur makanan,duit kertas dan barang hiasan.
c. Konsep
Yin dan Yang serta Feng Hsui
merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China
sehingga hari ini.
i. Feng
Hsui = Dari
falsafah Taoisme berlandaskan alam semesta
ii. Rujuk hubungan manusia dan alam.
d. Orang
China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur
yang saling melengkapi Yin kuasa pasif
dan Yang kuasa aktif.
e. Feng
Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia
berharmoni dengan alam semesta.
f. Pemerintahan
Shang,sistem kalender telah
diperkenalkan, terdapat 30 hari dalam
sebulan dan 360 hari dalam setahun.
g. Raja
menggunakan kalender untuk menentukan
musim menanam dan musim menuai.
h. Amalan
menggunakan kalender ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti
upacara perkahwinan perkuburan atau
pengebumian.
i. Falsafah perang Sun Tzu,- ,The Art of
War membicarakan selok- belok perang
dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
j. Falsafah
tersebut diaplikasikan dalam urusan
perniagaan.
SOALAN
Soalan 1 :
(a) Beri
maksud tamadun di atas? ( 3 Markah )
i) Mudun – tinggi budi
bahasa
ii) Madain – Bandar
iii) Civitas – peradaban
(b) Nyatakan
3 ciri penting tamadun ? ( 3 Markah )
i) Agama
ii) Tulisan
iii)Pemerintahan
Soalan 2:
a) Beri 4 amalan kepercayaan yang disembah oleh
masyarakat shang ( 4 Markah )
b) Bagaimanakah
upacara penyembah masyarakat Hwang Ho dijalankan ( 2 markah )
c) Apakah
fungsi tulang oracle ( 1 Markah )
i) Jelaskan sumbangan masyarakat Hwang-Ho dalam bidang pertanian ? ( 6 markah )
ii) Nyatakan pemerintahan yang dijalankan oleh masyarakat shang ? ( 8 markah ) iii) Terangkan system feudal yang diamalkan oleh dinasti Chou ? ( 6 Markah ) |
Bab 1
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment