BAB 9
PERKEMBANGAN DI EROPAH
Perubahan
Masyarakat Dan Budaya Eropah
Maksud zaman gelap
Mundur – balik kebelakang.
|
Bermula
selepas kejatuhan tamadun Rom,masyarakat dalam keadaan mundur,merupakan
peringkat awal Zaman Pertengahan.
|
Merosot
kualiti hidup
|
Mengalami
kemerosotan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.
|
Ciri-ciri kehidupan pada Zaman Gelap.
Tiada Pentadbiran pusat
|
Tiada
pentadbiran pusat yang berkesan. Yang mengawal tingkah laku rakyat dan
pembesar.
|
Pusat hilang kuasa
|
Kemusnahan
kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.
|
Wujud Baron – kuasai tanah
|
Kemunculan
golongan baron (tuan rumah) yang berkuasa di wilayah yang diduduki.
|
Perlindungan Baron
|
Golongan
petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga
keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan
tanah.
|
Wujud perhambaan
|
Petani yang
tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada
golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
|
Perlindungan Raja utk Baron
|
Tuan tanah
mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan
tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.
|
Ikatan hubungan rakyat – tuan tanah -
Raja
|
Jalinan
ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya
raja dengan tuan tanah merupakan asas kepada sistem feudal di Eropah.
|
Kelembapan ilmu
|
Kelembapan
ilmu pengetahuan
|
Gereja berkuasa miliki harta
|
Institusi
gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.
|
Fokus Akhirat
|
Institusi
gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan.
|
Kongkongan Gereja
|
Gereja
mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.
|
Gangguan orang gasar
|
Kegiatan
perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan orang gasar
seperti Viking dan Magyar.
|
Kegagalan bersaing dengan org Islam.
|
Kegiatan
perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya
menyaingi penguasaan orang islam di Mediterranean.
|
Tumpuan Pertanian shj.
|
Mereka
terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.
|
Amalan Sistem Barter.
|
Perniagaan
barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana
penggunaan matawang terhad.
|
Ciri-ciri persamaan antara sistem feudal di
Eropah dengan sistem feudal masyarakat Melayu tradisional.
Raja penaung Sistem secara mutlak.
|
Golongan raja
merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara dengan memiliki tanah
di negeri masing-masing secara mutlak.
|
Ikatan hubungan Raja – Pembesar -
Rakyat
|
Pembesar memberikan
khidmat kepada pihak raja manakala golongan pembesar mendapatkan naungan
daripada pihak istana dan dianugerahkan tanah.
|
Pembesar kutip Cukai
|
Pembesar
memaksa rakyat memberikan khidmat kepada mereka dengan mengerjakan
tanah.Hasil cukai dikutip untuk diserahkan kepada raja.
|
Kerahan tenaga
|
Pembesar
melayu akan mengerahkan rakyat untuk menjadi askar dan membina istana.
|
Wujud Perhambaan
|
Rakyat jadi
hamba kerana gagal bayar hutang/cukai.
|
Perubahan pada Zaman Kemuncak Pertengahan di
Eropah.
Penyatuan oleh Gereja
|
Gereja
memainkan peranan universal serta menjadi ejen penyatuan.
|
Perubahan Ekonomi
|
Perubahan
ekonomi hasil pertambahan penduduk.
|
Tingkat
Pertanian
|
Peningkatan
dalam aktiviti pertanian.
|
Wujud perdagangan
|
Kemunculan
kegiatan perdagangan yang maju.
|
Muncul Bandar besar
|
Kemunculan
bandar-bandar seperti Venice,Milan dan Florest di Itali.
|
Kelas Pertengahan.
|
Melahirkan
kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan,pedagang,dan ahli perbankan.
|
Status berasaskan kekayaan bukan
kuasa/tanah.
|
Status sosial
seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan.
|
Penglibatan Rakyat dalam politik.
|
Perubahan
politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik.
|
Parlimen suara rakyat.
|
Rakyat dapat
menuntut hak menerusi institusi parlimen yang diwujudkan.
|
Hak politik rakyat.
|
Perubahan ini
memeberikan hak politik kepada rakyat.
|
Hubungan rakyat – kerajaan.
|
Menjalinkan
hubungan antara rakyat dengan pemerintah.
|
Zaman
Renaissance
Maksud Renaissance
Kelahiran semula
|
Berasal
daripada perkataan Itali,renisciment yang bermaksud “kelahiran semula”
merujuk pada penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.
|
Tokoh Humanisme.
1. Francisco
Petrarch
2. Niccolo
Machiavelli
3. Giovanni
Bocaccio
Sebab-sebab Renaissance berlaku di Itali.
Lahir pemkiran Humanisme
|
Lahir aliran
pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan manusia
berfikir untuk menyelesaikan permasalahan.
|
Bapa Humanisme
|
Melahirkan
bapa humanisme iaitu Francesco Petrach,Niccolo Machiavelli dan Govanni
Bocaccio.
|
Penerokaan dan Inkuiri
|
Kesediaan
meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat inkuiri yang
kuat.
|
Muncul Bandar Besar
|
Kemunculan
bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat antarabangsa seperti
Venice,Genoa,Florence,Rom dan Milan.
|
Kedudukan Strategik
|
Pertembungan
budaya,bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di kelilingi
Laut Mediterranean.
|
Pelabuhan perdagangan
|
Kemunculan
Venice dan Genoa sebagai pelabuhan untuk menjalankan perdagangan
antarabangsa.
|
Tumpuan seniman dan ilmuan.
|
Kemunculan
para pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar dan
menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.
|
Penaung ilmu
|
Golongan
pedagang kaya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis,ahli
muzik,saintis dan penulis.Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici
di Florence.
|
Persaingan dapatkan ilmu oleh patron.
|
Berlaku
persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan seniman dan
cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang oleh patron.
|
Kunjungan dan lawatan
|
Para seniman
dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar bagi tujuan menyiapkan tugasan
secara tidak langsung menyebarkan idea Renaissance di Itali.
|
Peranan Paus sebagai patron.
|
Paus di Rom
menjadi penaung/patron kepada para seniman dan cendekiwan.
|
Perlihat bakat
|
Golongan ini
mula bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan bakat masing-masing.
|
Bakat dihargai
|
Kemahiran
seniman dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis untuk dikenali secara
individu iaitu individualisme seperti pelukis iaitu Leonardo da Vinci,Raphael
dan Michelangelo.
|
Perubahan Pendidikan
|
Perubahan
konsep pendidikan dengan menggalakkan pembinaan kemahiran dalam aspek
intelektual serta fizikal dikalngan individu. Misalnya Leonardo da Vinci dan
Michelangelo, selain mejadi pelukis dan pengukir agung, disanjung kerana
kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.
|
Muncul tokoh Renaissance
|
Terdapat
tokoh renaissance yang muncul di beberapa buah negara Eropah di England,
contohnya, tokoh pemikir seperti Thomas More, Francis Bacon, William
Shakespeare.
|
Sebab
permusuhan antara gereja Rom dengan ahli sains dan matematik di Itali.
Cemburui pencapaian bandar Florence
|
Gereja Rom
mencemburui pencapaian bandar seperti Florence yang dikuasai keluarga Medici
|
Nak jadikan Rom cantik
|
Gereja Rom
berhasrat menjadikan Rom secantik Florence
|
Cabaran drp ahli sains & mate
|
Gereja
menghadapi masalah kerana khuatir ahli sains dan ahli metematik mencabar
pemikiran mereka.
|
Konflik kes Galileo Galilei
|
Konflik atau
perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei.
|
Berkenaan Pusat alam
|
Galileo
Galilei menyatakan matahari sebagai pusat alam manakala gereja menyatakan
bumi sebagai pusat alam.
|
Sains guna akal dan logik.
|
Para saintis
logik dalam menekanan kaedah pemerhatian serta penggunaan akal dan logik
dalam menerangkan sesuatu fenomena alam.
|
Gereja guna tradisi
|
Pihak gereja
menekankan penjelasan tradisional tentang fenomena alam.
|
Langkah Paus menjadikan Rom sebagai pusat Renaisance
di Itali.
Tumpuan lukisan dan ukir.
|
Memberi
perhatian kepada seni lukis dan seni ukir
|
Upah pelukis cantikkan Rom.
|
Paus Julius 2
telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti Leonardo Da Vinci ,
Raphael, dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan
katedral di Rom
|
Bina Katedral.
|
Membina
Katedral St Peter.
|
Pindah pusat seni.
|
Pusat seni
Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom.
|
Sumbangan tokoh zaman Renaissance
Francesci Petrach
Bapa
|
Dikenali Bapa
Humanisme
|
Tubuh pustaka
|
Menubuhkan
perpusatakaan kerana minat dalam ilmu
|
Simpan koleksi agong
|
Menyimpan
koleksi karya agong zaman Yunani dan Rom yang diterjemahkan oleh cendikiawan
Islam dan Paderi.
|
Tulis pemerhatian
|
Memerhati
sendiri apa yang ditulis untuk mengelakkan percanggahan pendapat.
|
Kaedah penulisan.
|
Memperkenalkan
kaedah penulisan melalui sistem pemerhatian.
|
Niccolo Machiavelli
Tokoh
|
Dikenali
tokoh Humanisme
|
Buku
|
Menghasilkan
buku The Prince
|
Raja kuasa mutlak
|
Menyarankan
seorang raja harus berkuasa mutlak.
|
Ditakut rakyat
|
Pemerintah
harus ditakuti dan bukan disayangi rakyat.
|
Rakyat perlu setia
|
Rakyat perlu
memberi taat setia kepada Geraja Katolik.
|
Nasionalisme
|
Memperkenalkan
aliran nasionalisme di Eropah.
|
Negara Bangsa.
|
Ideanya
mendorong pembentukan negara bangsa di Eropah.
|
Leornado da Vinci
Seniman, Cendikiawan
|
Seorang tokoh
seniman dan cendekiawan yang terkenal.
|
Cantikkan gereja
|
Melukis dan
mengukir untuk mencantikkan gereja dan katedral di Rom.
|
Terkenal dgan Mona Lisa
|
Menjadi
pelukis terkenal dengan menghasilkan lukisan “Mona Lisa”.
|
Kembang bakat
|
Berjaya
membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal.
|
Versatil – kuasai banyak ilmu.
|
Seorang
Versatil dengan menguasai semua bidang ilmu seperti seni bina,seni
ukir,kejuruteraan,botani,falsafah,geografi dan strategi ketenteraan.
|
Guna Ikuiri utk jawapan.
|
Mendahului
zamannya mempunyai semangat inkuiri untuk mencari jawapan segala kejadian
alam.
|
Buku Catatan
|
Membuat buku
catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti busur panah gergasi
digerakkan dengan roda.
|
Kesan yang berlaku selepas Renaissance di
Eropah.
Muncul Monarki baru.
|
Kemunculan
monarki baru yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang diasaskan melalui
kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.
|
Cukai – Raja kukuh.
|
Pembayaran
cukai secara langsung kepada kerajaan pusat memperkukuhkan kedudukan raja
menyebabkan kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan semakin kurang.
|
Negara monaarki baru.
|
Monarki baru
ini terdapat di Portugal,Castile dan Aragon (Sepanyol),England,Perancis dan
Belanda.
|
Perdagangan berkembang
|
Sistem
perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas manakala
kegiatan ekonomi sara diri kian pupus.
|
Kemajuan ilmu.
|
Kemajuan
dalam bidang matematik,geografi,kartografi (teknik melukis peta) dan
astronomi menyebabkan perkembangan kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
|
Ilmu moden – keonjektifan.
|
Menekankan
ciri-ciri inkuiri ,keobjektifan,eksperimen dan merintis jalan kepada
pembangunan dan perkembangan ilmu sains seperti biologi,fizik,kimia dan
perubatan.
|
Emosi dan perubahan pemikiran.
|
Perubahan
dalam pemikiran dan gaya hidup manusia melahirkan emosi atau perasaan yang
dicerminkan di dalam muzik,lukisan,dan ukiran yang dihasilkan.
|
Budaya dan keyakinan diri.
|
Dari segi
psikologinya,unsur emosi yang dicerminkan berjaya memupuk dan melahirkan
budaya yang menyuburkan keyakinan diri.
|
Perubahan dan pemikiran masy.
|
Perubahan
sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran
logik,saintifik,falsafah,dan metafizik.
|
Inkuiri dan berani – kejayaan.
|
Pengajaran
daripada Zaman Renassance ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani
untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua
jurusan.
|
Zaman
Reformation
Perubahan
|
Melaksanakan
perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang
lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru.
|
Gerakan
|
Merupakan
suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-18 yang mempunyai
kaitan dengan agama Kristian.
|
Counter Reformation
Menentang
|
Golongan
agama bertindak menentang sesuatu yang baru yang ditimbulkan oleh gerakan
Protestan.
|
Sebab Reformation
Kepincangan gereja.
|
Berlaku
kepincangan , rasuah dan penyelewengan apabila pihak Gereja Rom telah
meningkatkan usaha pembangunan keduniaan.
|
Amalan tdk selari dengan Bible.
|
Amalan
golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan yang dianjurkan dalam
kitab Bible menyebabkan ramai ahli masyarakat mempersoalkan kedudukan mereka.
|
Amal gaya hidup bangsawan.
|
Golongan
penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan
bangsawan yang tidak mencerminkan kehidupan keagamaan.
|
Penyelewengan gereja.
|
Terdapat
penyelewengan dengan penjualan sijil Indulgences , surat pengampunan bagi
penganut Kristian yang melakukan dosa merebak ke seluruh Eropah.
|
Mesin cetak – Bible murah.
|
Adanya mesin
cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dhasilkan masa yang singkat
dengan harga yang murah.
|
Menentang Indulgences
|
Tindakan
Martin Luther , Profesor ilmu theologi di Jerman, mula mengambil langkah
menentang amalan Indulgences.
|
Luther mencabar gereja
|
Luther
percaya yang manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya dalam
amalan penghidaman dengan mencabar kedudukan Gereja dan institusi paderi.
|
Bantah dan Protestan.
|
Luther
memperkenalkan mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting
yang bermaksud membantah yang mempersoalkan kewibawaan Gereja Rom Katolik dan
golongan paderi.
|
Kesan Zaman Reformation
2 Mazhab
|
Kristian
berpecah kepada Katolik dan Protestan
|
Pimpinan Gerakan
|
Di
Switzerland gerakan pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli kemudian
dipimpin John Calvin.
|
Perang keagamaan
|
Berlaku
perang keagamaan di Perancis dan perang 30 tahun yang melibatkan Sapanyol,
jerman, Bohemia, Denmark, dan Sweden.
|
Kemusnahan masy.
|
Peperangan
mengikut mazhab telah mengakibatkan kemusnahan.
|
Toleransi dan penyebaran .
|
Dalam jangka
panjang timbul sikap tolenransi antara pengikut mazhab Kristian untuk
mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka.
|
Cabaran terbuka
|
Kuasa gereja
dicabar secara terbuka.
|
Bebaskan kuasa terhadap monarki.
|
Kuasa gereja
terhadap monarki berkurangan disebabkan ingin membebaskan diri daripada
penguasaan Paus di Rom. Cthnya semasa pemerintahan Raja Henry VIII , raja
menjadi ketua kerohanian gereja Protestan Anglican dengan memutuskan hubungan
dengan Rom.
|
Penjelajahan
Dan Penerokaan
Kuasa-kuasa Eropah yang terlibat dalam
penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15.
1. portugal
2. Sepanyol
3. Belanda
4. Inggeris
Laluan Eropah ke Timur
Atlantik
|
Orang Eropah
melalui Lautan Atlantik ke Timur.
|
Sebab-sebab penjelajahan dan penerokaan orang
Eropah ke dunia luar.
Barangan Timur
|
Ingin
mendapatkan barangan seperti emas,sutera, dan rempah ratus dari Timur.
|
Galakan Raja
|
Raja Sepanyol
dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang bertanggungjawab memberikan
galakan menjelajah ke Timur.
|
Perjanjian tamatkan persaingan.
|
Perjanjian
Tordesillas telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan mendapatkan
tanah jajahan bahagian timur kepada Portugal manakala Barat kepada Sepanyol.
|
Keuntungan dagang empahr.
|
Peragangan
rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para
pedagang Eropah.
|
Penyebaran kristian.
|
Ingin
menyebarkan agama kristian seperti yang ditekankan oleh penguasa gereja di
Eropah.
|
Monarki baru dan galakkan.
|
Kemunculan
Monarki Baru di England,Perancis,dan Belanda menggalakan penjelajahan dan
penerokaan ke seberang laut.
|
Kebanggaan utk menjajah.
|
Semangat
kebanggaan bangsa telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah di luar
Eropah sebagai kebanggaan bangsa.
|
Kesan penjelajahan orang Eropah terhadap
masyarakat setempat.
Iktiraf kekuatan Eropah
|
Pemimpin
tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan mengiktiraf kekuatan kuasa
Eropah.
|
Syarikat Perdagangan
|
Syarikat
berpiagam yang telah diwujudkan menjalankan perdagangan dari Eropah hingga ke
Carribean,Latin Amerika,Afrika,Indi,Asia Tenggara dan Asia Timur.
|
Pembekal Barangan kepada Eropah.
|
Daerah di
luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
|
Kuasai pusat dagangan
|
Portugis
telah menguasai pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka.
|
Kayakan negara Eropah
|
Barangan yang
dibawa dari Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di
Eropah.
|
Jalan Laut dikuasai
|
Jalan
pelayaran perdagangan di Lautan Hindi,Asai Tenggara dan Laut Cina Selatan
dikuasai oleh Portugal.
|
Sebar Kristian
|
Penduduk
tempatan menerima agama kristian yang dibawa oleh mubaligh kristian.
|
Hapus Tamadun Tempatan
|
Penjelajahan
Sepanyol dengan melakukan penaklukan ke atas Mexico dengan menundukkan
tamadun Atzec,dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
|
Hijrah Masyarakat Eropah
|
Penghijrahan
beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah
masyarakat yang baru di wilayah tersebut.
|
Eksploitasi Buruh tempatan
|
Para pemodal
Sepanyol mengeksploitasikan buruh pribumi untuk bekerja di lombong dan di
ladang mereka.
|
Petempatan diluar Eropah
|
Petempatan
orang Portugis di Melaka dan Goa manakala Filipina amat dipengaruhi oleh
kuasa Sepanyol.
|
Sikap untuk menerima perubahan bagi
mencapai kemajuan melalui Zaman Renaissance hingga zaman penjelajahan dan
penerokaan di Eropah.
Ilmu
|
Kepentingan
penerokaan ilmu pengetahuan.
|
Inkuiri
|
Semangat
inkuiri untuk melakukan perubahan.
|
Gigih
|
Kegigihan
dalam mencapai sesuatu matlamat.
|
Berani
|
Keberanian
menghadapi cabaran tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi semasameneroka
lautan serta daratan.
|
Revolusi
Pertanian dan Revolusi Prindustrian
Sistem tanah di Britain
1. Tanah
awam
2. Tanah
milikan persendirian
Kesan Akta Pemagaran Tanah terhadap tuan
tanah yang kaya.
Meluas
|
Tuan tanah
memiliki tanah yang luas.
|
Bentuk ladang
|
Membentuk
ladang pertanian.
|
Beli tanh
|
Golongan tuan
tanah dapat membeli tanah awam.
|
Tanah dipagar
|
Semua tanah
milik tuan tanah dapat dipagar.
|
Kesan Akta Pemagaran tanah terhadap
petani-petani kecil
Kemampuan
|
Petani kecil
tidak mampu memagari tanah.
|
Kos tinggi
|
Kos untuk
memagar tanah tinggi.
|
Jual tanah
|
Petani
terpaksa menjual tanah.
|
Kerja ladang
|
Terpksa
bekerja di ladang milik tun tanah yang kaya.
|
Buruh kilang - bandar
|
Berhijrah ke
bandar untuk menjadi buruh kilang.
|
Hilang rezeki
|
Petani kecil
yang bergantung kepada tanah awam hilang punca rezeki.
|
Sebab berlaku Revolusi Pertanian di Britain.
Milik tanah dapat kelulusan – pagar
|
Perubahan
dalam penggunaan dan pemilikan tanah persendirian setelah tuan tanah mendapat
kelulusan Parlimen untuk memagar tanah awam bagi membolehkan penanaman secara
ladang.
|
Pertambahan penduduk
|
Britain
menghadapi pertambahan penduduk,menyebabkan permintaan hasil pertanian
meningkat dan menyebabkan harga gandum meningkat.
|
Tanaman bergilir
|
Kaedah
penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend dengan menanam
pelbagai jenis tanaman secara berterusan sepanjang tahun.
|
Kesuburan tanah dijaga.
|
Melalui
kaedah ini kesuburan tanah dapat dikekalkan kerana tanaman berbeza memerlukan
nutrien yang berbeza serta tanah tidak dibiarkan kosong.
|
Tanaman baru.
|
Tanaman baru
diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.
|
Jentera pertanian
|
Terdapat alat
yang dicipta olh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal serta
penanaman biji benih dapat dilakukan dengan pantas.
|
Baja asli
|
Penggunaan
baja asli secara meluas telah menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian
meningkat.
|
Pemasaran produk – didagangkan.
|
Lebihan
produk dapat diperdagangkan melalui kaedah pemasaran yang meluas.
|
Kesan Revolusi Pertanian di Britain pada abad
ke-18.
Punca ekonomi
|
Pertanian
menjadi punca ekonomi negara.
|
Lebihan dieksport
|
Lebihan
produk dieksport.
|
Peladang jadi pedagang
|
Para peladang
besar menjadi pedagang antarabangsa.
|
Makanan mencukupi
|
Menyedikan
makanan yang cukup kepada tenaga buruh industri di bandar.
|
Tuang tanah - tokoh
|
Kedudukan
tuan tanah sebagai tokoh pentig dalam masyarakat.
|
Pertanian skala besar
|
Muncul sistem
ekonomi skala besar dengan pembukaan ladang pertanian membolehkan rakyat
bekerja sebagai buruh ladang mewujudkan golongan buruh dan majikan.
|
Ciptaan baru dan kegunaannya dalam Revolusi
Perindustrian.
Water Frame
Cipta
|
Dicipta oleh
Richard Arkwright pada tahun 1769.
|
Pintal
|
Alat pemintal
benang.
|
Wap
|
Menggunakan
kuasa wap
|
Spinning Jenny
Cipta
|
Dicipta oleh
John Hargreaves pada tahun 1770.
|
Pintal
|
Alat pemintal
benang.
|
Tangan
|
Menggunakan
tangan dapat memintal lapan jurai benang serentak.
|
Enjin Berkuasa Wap James Watt
Cipta
|
Dicipta oleh
James Watt.
|
Enjin
|
Memperbaiki
enjin rekaan Nercomen.
|
Lombong
|
Untuk
melombong arang batu.
|
Eksport
|
Untuk
dieksport.
|
Faktor mempengaruhi berlaku Revolusi
Perindustrian di Britain.
Lebihan modal dilabur semula
|
Para peladang
yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan
modal dalam sektor perindustrian.
|
Sikap sanggup risiko
|
Perubahan
sikap sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam bidang
perindustrian.
|
Dana diselamatkan – tidak gantung
impot.
|
Dana dapat
diselamatkan kerana Britain tidak perlu bergantung pada pengimportan bahan
makanan dari luar seterusnya membantu pertumbuhan dan perkembangan industri.
|
Rekaan baru dlm industri.
|
Rekaan dalam
bidang sains dan teknologi dengan mencipta mesin baru dalam kegiatan
perindustrian.
|
Arang batu - tenaga
|
Penggunaan
arang batu sebagai sumber tenaga perusahaan.
|
Semangat usahawan.
|
Semangat dan
kegiatan keusahawanan telah mencetuskan daya kreativiti dan inovatif
tokoh-tokoh perindustria Britain.
|
Perubahan daripada Revolusi Perindustrian di
Britain
Pengeluaran secara besar
|
Pengeluaran
barangan dihasilkan secara besar-besaran melalui kaedah dan ciptaan mesin
bagi menggantikan tenaga manusia.
|
Pengkususan pengeluaran.
|
Pemoda hanya
mengkhusus kepada satu bidang industri untuk mengawal kos yang dapat
mendatangkan faedah dan kemahiran dalam bidang tersebut.
|
Prestasi ditingkatkan.
|
Prestasi
barangan dari segi kuantiti dan kualiti dapat dipertingkatkan.
|
Pasaran dlm dan luar negeri
|
Produk
tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan diluar negeri.
|
Teknologi moden –cepat, murah, cekap
– luaskan pasaran
|
Penggunaan
teknologi enjin berkuasa wap dapat menjimatkan kos pengeluaran menyebabkan
setiap barang menjadi murah dan mampu dibeli masyarakat dan dipasarkan secara
meluas di pasaran antarabangsa.
|
Rekaan dan penemuan
|
Pelbagai
mesin direka untuk mempertingkatkan pengeluaran telah dihasilkan melalui
kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan saintis seperti tenaga wap
melalui pembakaran arang batu.
|
Pengangkutan - bantu kembang industri
|
Penggunaan
kuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut
untuk mengangkut hasil industri.
|
Sumbangan enjin berkuasa wap terhadap sistem
pengangkutan?
Pacu bot
|
Digunakan
untuk memacu bot.
|
Kenderaan darat
|
Memacu
kenderaan di darat.
|
Lokomatif
|
Lokomatif
dipacu dengan enjin berkuasa wap.
|
Roket
|
Lokomatif
roket dapat bergerak selaju 16 batu sejam di atas rel.
|
Kereta api
|
Kereta api
menggunakan enjin berkuasa wap digunakan di Eropah dan Amerika Syarikat.
|
Bantu kembang industri
|
1875 kereta
api berkuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan kereta api dan
kapal laut untuk mengangkut hasil industri Dan perkembangannya.
|
Kesan Revolusi Perindusrian di Britain.
Industri Ganti pertanian.
|
Kegiatan
pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai
bidang utama ekonomi negara.
|
Buruh upah industri
|
Semakin ramai
rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh
industri berbanding sebagai buruh pertanian.
|
Tuan tanah diganti pengusaha kilang.
|
Kedudukan
tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para
pengusaha dan pemilik kilang.
|
Dagangan Antarabangsa
|
Lebihan produk
hasil daripada Revolusi Perindustrian diperdagangkan pada peringkat
antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan.
|
Rekaan dan penemuan
|
Kemajuan
rekaan dan penggunaan kereta api berkuasa wap,menyebabkan gerabak boleh
dipacu dengan lebih laju.
|
Gerabak keretapi wap
|
Enjin
berkuasa wap boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan
pekerja kilang.
|
Pengangkutan moden - Kapal wap
|
Kemunculan
sistem pengangkutan laut dengan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh
jentera berkuasa wap.
|
Sistem Kilang
|
Revolusi
Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan terutamanya kilang
tekstil.
|
Tiada Layanan
|
Peringkat
awal golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya.
|
Pengunnaan Mesin
|
Kemahiran
para penenun dan tukang jahit tidak diperlukan selepas mesin membuat
stoking,renda dan bahan pakaian lain tercipta.
|
Protes pekerja
|
Pekerja mahir
memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang membuat stoking dan renda
dikenali sebagai Pergerakan Luddite.
|
Larangan pekerja bergabung.
|
Terdapat Akta
Anti penggabungan yang melarang para pekerja daripada bergabung dan
bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau
layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.
|
Hukuman berat
|
Sekiranya
pekerja didapati melanggar peraturan tersebut,mereka boleh dikenakan hukuman
berat oleh pemerintah.
|
Buruh Kanak-kanak
|
Kanak-kanak
dipaksa bekerja di lombong arang batu.
|
Masa kerja 10 jam
|
Masa bekerja
panjang melebihi 10 jam sehari.
|
Tindakan kerajaan mengatasi penindasan pekerja
kilang.
Wujud Kesatuan dan pindaan
undang-undang.
|
Pada tahun
1824,Akta Anti Penggabungan telah dimansuhkan dan penubuhan Kesatuan Sekerja
buat pertama kalinya telah diizinkan.
|
Larangan kanak-kanak bekerja.
|
Pada tahun
1833,Akta Kilang digubal di Parlimen yang melarang kanak-kanak dibawah umur
sembilan tahun bekerja sebaliknya diwajibkan ke sekolah.
|
Masa kerja 9 jam.
|
Had masa
bekerja bagi kanak-kanak yang layak tidak melebihi sembilan jam sehari.
|
Keselamatn terjamin
|
Majikan perlu
memastikan keselamatan para pekerja mereka terjamin.
|
Buruh kanak-kanak perempuan/wanita
dilarang.
|
Pada tahun
1842,Akta Lombong diperkenalkan untuk melarang penglibatan kanak-kanak
perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu.
|
Pekerja wanita -sepuluh
jam
|
Pada tahun 1847,memperkenalkan
Akta Sepuluh Jam menetapkan agar pekerja wanita dalam perusahaan tekstil
tidak bekerja lebih sepuluh jam sehari.
|
Imperialisme
Penguasaan terhadap negara
|
Imperialisme
boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap
negara yang lemah.
|
Keuntungan politik dan eko.
|
Penguasaan
bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.
|
Faktor mempengaruhi kedatangan penjajahan
Barat ke Asia.
Bahan Mentah
|
Kuasa Barat
pada masa itu berminat untuk mendapatkan bahan mentah dalam kuantiti yang
banyak serta berterusan daripada tanah jajahan seperti rempah ratus,emas dan
perak.
|
Luaskan Pasaran
|
Untuk
mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri negara mereka.
|
Revolusi Industri
|
Kesan
daripada Revolusi Industri yang merebak ke Eropah menyebabkan
Britain,Jerman,Belanda,Perancis dan Itali menjadi kuasa imperialis untuk cari
untung, bahan mentah, pasaran..
|
Sistem Pengangkutan moden.
|
Revolusi
Pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta api dan penciptaan kapal berkuasa
wap menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
|
Kenaikan Tarif
|
Britain
terpaksa mencari pasaran di Asai kerana Amerika Syarikat mengenakan tarif
untuk melindungi industri mereka.
|
Niat sebar pengaruh.
|
Pihak Barat
yang juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama kristian ke
seberang laut.
|
Lumba
|
Semangat
perlumbaan dikalangan negara Barat dalam kegiatan penaklukan kerana
menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu status kuasa yang kuat.
|
Tanggungjawab
|
Orang-orang
Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka sebagai satu
tanggungjawab yang disebut oleh orang Inggeris sebagai “the white man’s
burden”,oleh Perancis sebagai “ mission civilisatrice”,oleh Jerman sebagai
tugas menyebarkan budaya dan oleh Amerika sebagai “the blessing of the
Anglo-Saxon protection.
|
Kesan imperialisme Barat ke atas Asia
Tenggara.
Terima penasihat
|
Para
pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir dari
Barat.
|
Perundangan ditukar
|
Sistem
politik perundangan peribumi telah ditukar agar menyamai sistem Barat.
|
Persaing antara kuasa barat.
|
Persaingan
kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan menyebabkan kuasa
British telah campur tangan di Tanah Melayu,Burma,India,Belanda di
Indonesia,Perancis menjajah Indo China dan Amerika menduduki Filipina.
|
Ekonomi tempatan hapus.
|
Kegiatan
ekonomi peribumi dihapuskan.
|
Wujud eko.komersial
|
Kegiatan
penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan untuk memenuhi
keperluan industri di Britain.
|
Pendidikan diperkenalkan.
|
Sistem
pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan bandar untuk memberi
pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan
pentadbiran penjajah.
|
Buruh imgran.
|
Kuasa Barat
bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja
bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.
|
Demografi dan masyarakat majmuk.
|
Perubahan
demografi dan komposisi etnik berlaku di negara yang telah dijajah oleh kuasa
Barat membentuk masyarakat majmuk.
|
Pecah dan perintah.
|
Menjalankan
dasar pecah dan perintah mengelakkan hubungan antara kaum semasa pemerintahan
mereka.
|
Perpaduan ditanggung pribumi.
|
Tugas untuk
meransang dan menjalin hubungan baik di kalangan pelbagai kaum terpaksa
dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.
|
SOALAN
|
1
|
Zaman Renaissance telah mencetuskan pelbagai kesan ke
atas masyarakat Eropah
(ms
219-220)
|
||
|
|
a
|
i
ii
|
Apakah maksud Zaman Renaissance (1350-1600) di Eropah?
……………………………………………………………………………………………....
………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
|
|
|
b
|
i
ii
|
Bagaimanakah golongan monarki baru dapat mengukuhkan
kedudukannya?
………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….
(2 markah)
|
|
|
c
|
i
ii
|
Berikan dua kesan Renaissance dari sudut ekonomi di
Eropah.
……………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………….
(2 markah)
|
|
|
d
|
i
ii
|
Nyatakann unsur-unsur
perubahan dari segi sosial pada zaman Renaissance.
……………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………….
(2 markah)
|
|
|
e
|
i.
ii.
|
Pada pendapat anda, bagaimanakah anda dapat memanfaatkan
pengajaran daripada Zaman Renaissance
dalam usaha untuk mencapai kejayaan.
……………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………….
(2 markah)
|
|
|
|
|
[ 10 Markah ]
|
Soalan Esei
|
1
|
Pada abad ke-16, para pelaut Eropah telah aktif menjelajah ke beberapa
kawasan di luar Eropah
(ms 223-226)
a ) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong penjelajahan orang Eropah ke timur. [ 7 Markah] b) Terangkan implikasi penjelajahan terhadap masyarakat setempat. [ 8 Markah] c ) Pada pendapat anda, bagaimanakah kejayaan kuasa Eropah menjelajah dunia luar itu boleh dijadikan pendorong kepada generasi muda kini. [ 5 Markah] | |||||||||||||
|
|
||||||||||||||
|
|
|
|
||||||||||||
No comments:
Post a Comment